web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RM1,500 Bantu Waris Urus Jenazah Pesakit COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 5:38PM

Ahmad Yakob berkata ketetapan itu berkuat kuasa 15 Ogos. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sumbangan berjumlah RM1,500 akan diberikan kepada waris pesakit yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19, khusus bagi proses pengurusan jenazah.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ketetapan itu yang akan berkuat kuasa 15 Ogos ini bertujuan meringankan beban ditanggung keluarga pesakit.

Menurut beliau, ia diputuskan menerusi Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan kali yang ke 16/202 hari ini.

“Rakyat bagaimanapun diminta untuk meningkatkan tahap kawalan kendiri dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. 

“Statistik Jabatan Kesihatan negeri melaporkan, bilangan kes di seluruh negeri masih lagi tinggi, malah varian Delta juga sudah berada dalam komuniti,” katanya di sini hari ini.

Ahmad berkata, varian itu sangat mudah berjangkit berbanding yang lain, malah ia adalah penyumbang kepada lonjakan kes COVID-19 dalam kalangan individu berisiko, khususnya penghidap penyakit kronik dan kanak-kanak.

Dalam perkembangan lain beliau memberitahu, kerajaan negeri juga bersetuju menaikkan kadar elaun imam tua dan muda.

“Kedua-dua kategori imam ini akan menerima pertambahan elaun sebanyak RM150 dan RM50 untuk bilal.

“Jumlah keseluruhan elaun yang diterima bagi imam tua adalah RM1,850 dan RM1,350 bagi imam muda untuk masjid mukim kategori ‘A’, manakala menerima RM800 selepas kenaikan,” katanya.

Pembayaran elaun tambahan itu jelasnya, melibatkan 587 masjid mukim kategori A, besar dan kecil di seluruh negeri, berkuat kuasa Julai lalu. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad