web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dine In, Majoriti Masih Keliru - KP Terengganu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 6:13PM

Rohaimi berkata kerana masih ramai yang keliru dengan SOP dine in tiada tindakan penguatkuasaan akan diambil ketika ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Polis mendapati majoriti pengusaha premis makanan dan pelanggan masih keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) berhubung kebenaran dine in yang bermula semalam.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, beberapa kesalahan dikesan sepanjang pemantauan dua hari oleh pihaknya, antaranya membabitkan aktiviti dine in di restoran atau kedai makan, sedangkan pekerja berkenaan masih belum melengkapkan dos vaksin masing-masing.

Ada juga segelintir pemilik premis katanya, membenarkan lebih daripada dua pelanggan di setiap meja.

“Ini bermakna wujud kekeliruan mengenai SOP baharu ini yang secara tidak langsung menyebabkan aktiviti dine in kurang mendapat sambutan,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas operasi pemantauan SOP di restoran dan medan selera di pusat beli belah Kuala Terengganu City Centre (KTCC) di sini hari ini.

Jelasnya lagi, polis buat masa ini mengambil pendekatan mendidik dan meningkatkan kesedaran berhubung SOP kepada masyarakat sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.

“Saya telah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah agar tidak mengenakan kompaun lagi dalam tempoh tiga hari ini.

“Ini bagi memberi kefahaman kepada pelanggan, pekerja serta majikan di premis-premis makanan dan minuman,” katanya.

Selain itu katanya, kesemua 147 pasukan pemantauan akan terus digerakkan bagi memeriksa setiap premis di negeri ini.

Mengulas mengenai aktiviti rentas daerah pula, beliau berkata setakat ini tiada jumlah pergerakan kenderaan ketara yang dilaporkan  memasuki Terengganu. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut