web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Artikel Jual Sijil Digital Vaksin, PDRM Buka Kertas Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 9:40PM

Datuk Seri Abd Jalil Hassan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang memuat naik artikel penjualan sijil digital vaksin palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata, siasatan dijalankan berdasarkan satu laporan dibuat terhadap hantaran individu terbabit.

“Satu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (memberikan maklumat palsu) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain).

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam kegiatan memalsukan dan menjual sijil digital vaksin ini,” katanya di sini hari ini.

Abd Jalil berkata, orang ramai turut diminta untuk melaporkan kepada polis jika mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti terbabit.

Isu penjualan sijil digital vaksin timbul selepas pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kelonggaran pergerakan terhadap individu yang sudah melengkapkan dos vaksin masing-masing.

Antara kelonggaran lain diberikan termasuk dine in di restoran, merentas negeri dan daerah untuk ibu bapa melawat anak yang berusia 18 tahun ke bawah.

Mereka hanya perlu menunjukkan sijil digital vaksin untuk mendapatkan kelonggaran terbabit. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad