web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Taktik Seludup PATI Guna Bot Nelayan Terbongkar, 11 Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 12:33PM

Sindiket penyeludupan PATI menggunakan bot nelayan tempatan berjaya ditumpaskan APMM.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Tindakan sekumpulan individu menggunakan bot nelayan untuk menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina terbongkar selepas mereka ditahan dalam kejadian di perairan Pulau Sepanggar, dekat sini, kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Labuan Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada jam 11.30 malam berjaya menahan 11 individu termasuk penumpang warga Filipina.

“Terdahulu, APMM menerima maklumat mengenai sindiket ‘transporter’ PATI dengan membawa warga Filipina ke Kota Kinabalu menggunakan bot nelayan tempatan.

“Hasil pemantauan yang dilakukan, APMM berjaya mengesan sebuah bot nelayan yang bergerak menuju ke Kota Kinabalu dalam keadaan mencurigakan,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Tambah Mohd Rosli, pemeriksaan lanjut mendapati tujuh daripada penumpang termasuk tekong bot warga Filipina gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah.

“Empat penumpang lagi terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita adalah warga tempatan.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini menggunakan modus operandi bot pancing atau nelayan sebagai medium pengangkutan pergi dan balik dari Pulau Banggi, Kudat ke Kota Kinabalu,” katanya.

Mohd Rosli berkata, kedudukan Pulau Banggi yang berhampiran dengan sempadan negara sering menjadi lokasi persinggahan PATI dari Filipina sebelum menyeludup masuk ke daerah lain di Sabah.

“Semua individu berkenaan yang berusia antara sembilan hingga 61 tahun ditahan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 8(2) Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002,” katanya.

Nelayan ditahan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pengeboman ikan.
Nelayan ditahan selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pengeboman ikan.

Sementara itu, dalam operasi berasingan APMM menahan tiga lelaki berusia 16 hingga 33 tahun di Tanjung Gaya, jam 12.05 tengah malam selepas disyaki terbabit dengan aktiviti pengeboman ikan.

Turut dirampas ialah tiga tong yang berisi pelbagai jenis ikan. - Getaran, 12 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut