web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Koroner Tiada Kuasa Beri Kebenaran Mulakan Prosiding Komital Dalam Kes Adib - Peguam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 5:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini dimaklumkan bahawa koroner yang mendengar inkues berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran bagi memulakan prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Peguam Datuk S Ambiga, yang mewakili Thomas, berkata Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 13 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi untuk menghukum sendiri sebarang perbuatan yang dianggap menghinanya.

“Bidang kuasa koroner hanya terhad kepada perbuatan menghina mahkamah itu sahaja,” katanya semasa berhujah di hadapan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Suraya Othman, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Hashim Hamzah.

Bagaimanapun, Ambiga berkata permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding komital terhadap Thomas bukanlah satu perbuatan menghina mahkamah kerana difailkan kira-kira dua atau tiga bulan kemudian dan dalam kes menghina mahkamah, hakim perlu mengambil tindakan segera.

Beliau berkata seorang koroner tidak boleh melayan permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding komital mengikut Perintah 52 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi dan hanya boleh mengambil tindakan terhadap perbuatan menghina mahkamah itu sahaja.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk mendengar rayuan Jabatan Peguam Negara terlebih dahulu berhubung isu sama ada Mahkamah Koroner mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan membuat keputusan dalam prosiding komital.

Bapa Muhammad Adib iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid turut mengemukakan dua rayuan termasuk terhadap perintah Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan Koroner yang memberi kebenaran kepadanya untuk memulakan prosiding komital terhadap Thomas.

Bagaimanapun, prosiding itu yang dikendalikan secara maya terpaksa dipendekkan kerana panel hakim tidak dapat mendengar dengan jelas hujah peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Mohd Kassim.

Meskipun mahkamah menghentikan sementara prosiding itu bagi membolehkan Mohamed Haniff Khatri memperbaiki masalah Internet di pejabatnya namun peguam tersebut gagal berbuat demikian.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Ogos ini bagi pengurusan kes dan tarikh pendengaran rayuan itu akan ditetapkan selepas bahagian pendaftaran mahkamah bersama dengan Mohamed Haniff Khatri melakukan ujian larian pada sistem komunikasi.

Dalam permohonannya, Mohd Kassim, 67, mendakwa Thomas telah menghina mahkamah menerusi afidavit yang difailkan oleh AGC pada 3 April 2019 berhubung punca kematian anak lelakinya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara susulan kecederaan parah yang dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun sama.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib adalah disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Satu inkues berhubung kematian Muhammad Adib, yang didengar oleh Koroner Rofiah Mohamad, bermula pada 11 Februari 2019 selepas dua versi bercanggah berhubung punca kematiannya timbul. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kelucahan Melampau: Bekas Mudir Madrasah Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kes Dadah: Mahkamah Tolak Rayuan Bekas Penghantar Barang, Hukuman 20 Sebatan Kekal

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut