web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PPV Sesak Teruk, Penduduk Bimbang Kluster Baharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 8:18PM

PPV Dewan Sri Perdana penuh sesak dengan orang awam yang ingin mendapatkan suntikan vaksin selepas ia dibuka untuk pra-pendaftaran dan walk-in.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Perdana di sini hari ini sesak dengan kehadiran orang awam berikutan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dibuka untuk pra-pendaftaran dan walk-in.

Ia menimbulkan kebimbangan ramai terhadap kemungkinan kewujudan kluster baharu, apabila majoriti pengunjung dilihat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), khususnya membabitkan aspek penjarakan fizikal.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Rohan Shah Ahmad berkata, anggota polis terpaksa digerakkan ke lokasi bagi mengawal keadaan.

Hampir 1,500 orang termasuk warga asing membanjiri PPV Dewan Sri Perdana meskipun jumlah yang ditetapkan KKM hanya 300 orang.
Hampir 1,500 orang termasuk warga asing membanjiri PPV Dewan Sri Perdana meskipun jumlah yang ditetapkan KKM hanya 300 orang.

Menurut beliau, PPV berkenaan didapati dikunjungi hampir 1,500 penduduk setempat, termasuk warga asing walaupun jumlah kehadiran ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) hanya 300.

"Kehadiran ramai orang menyebabkan keadaan sesak teruk tanpa sebarang penjarakan sosial.

“Situasi buat masa ini kembali stabil dan terkawal tapi pemantauan dan kawalan akan diteruskan bagi memastikan kejadian itu tidak berulang,” katanya kepada Getaran.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Dr. Mohammad Ayub Yaacob berkata, kesesakan berkenaan telah dibincangkan dalam mesyuarat PKOB hari ini, yang turut menggariskan beberapa langkah bagi mencegah keadaan itu daripada berulang.

“Antaranya termasuk mengehadkan jumlah pengunjung walk-in kepada 600 sahaja setiap hari, selain daripada penerima yang sedia memiliki tarikh temu janji.

“Kawalan tambahan juga akan dibuat dengan menempatkan empat anggota Askar Wataniah di PPV berkenaan,” katanya. – Getaran, 12 Ogos 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad