web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


50 Peratus Komuniti Maritim Wilayah Utara Bakal Terima Dos Lengkap Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 8:08PM

Mohd Hafiz (baju putih) dan Rodrigo beramah mesra dengan pekerja maritim Manjung yang mendapatkan vaksin di Seri Manjung, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Lebih kurang 50 peratus daripada 15,000 komuniti maritim di wilayah utara Semenanjung Malaysia dijangka bakal menerima dos lengkap vaksin Covid-19 menjelang hujung bulan ini.

Pengarah Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara, Mohd Hafiz Abdul Majid berkata, seramai 5,000 penerima sudah mendaftar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Khas Industri Maritim di Georgetown, Pulau Pinang manakala 2,744 individu lagi di PPV  di sebuah hotel di Seri Manjung di sini.

Katanya, PPV di daerah Manjung mula dibuka hari ini selama lima hari dengan mensasarkan kira-kira 600 penerima sehari manakala PPV di Georgetown sudah dibuka sejak 3 Ogos lalu.

“Kita mensasarkan 50 peratus divaksin sehinga hujung bulan ini manakala kira-kira 50 peratus lagi komuniti maritim wilayah utara yang belum mendaftar, akan dimasukkan dalam program vaksinasi awam,” katanya pada sidang media di PPV berkenaan hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd (Vale), Rodrigo Ribeiro de Araujo.

Sementara itu, Mohd Hafiz turut menyambut baik usaha proaktif Vale yang menderma sejumlah RM430,000 bagi menjayakan inisiatif berkenaan.

Katanya, ia bukan sahaja memberikan perlindungan vaksinasi kepada kakitangan syarikat dan ahli keluarga mereka, tetapi juga petugas syarikat lain dalam industri maritim di Manjung.

Dalam pada itu, Rodrigo memberitahu, kira-kira 200 daripada 2,744 individu terbabit adalah kakitangan Vale manakala selebihnya terdiri daripada ahli keluarga serta pekerja yang berkhidmat dengan 17 rakan niaga syarikat itu.

Katanya, beliau optimis vaksinasi ini mampu menyumbang kepada kemampanan industri maritim di Manjung yang menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat khususnya golongan muda. - Getaran, 12 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad