web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Malaysia Mengurung Isteri Dan 2 Anak Kerana Takut Dijangkiti COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 8:06AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SONGKHLA - Oleh kerana fobia dengan jangkitan COVID-19 yang melonjak di Thailand, seorang lelaki warga Malaysia bertindak mengurung isteri warga Thai dan dua anak lelakinya dalam rumah hampir seminggu di Hatyai, Songkhla, Selatan Thailand.

Ketua Polis Hatyai Pol. Kol. Akrawut Taneerat berkata lelaki yang berusia 43 tahun dari Kuala Lumpur berada di Hatyai bersama isteri dan dua anak lelaki mereka yang berusia lima dan tujuh tahun sejak penularan pandemik COVID-19 pada Mac tahun lepas.

Beliau berkata isteri lelaki itu telah membuat laporan polis bahawa suaminya telah mengurung beliau dan dua orang anak mereka selama hampir seminggu dalam rumah kedai dua tingkat yang dihuni mereka.

“Lelaki itu tidak membenarkan isteri dan kedua-dua anaknya keluar rumah dan mula mengunci semua pintu supaya mereka tidak dijangkiti COVID-19.

“Isterinya risau perkara yang tidak diingini berlaku, maka beliau membuat laporan polis dan berharap polis boleh membantu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Akrawut berkata lelaki itu dipercayai mengalami gangguan mental telah dipujuk agar mendapatkan rawatan di hospital.

Thailand melaporkan 22,086 kes baharu COVID-19 dan 217 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Setakat ini negara ini mencatatkan keseluruhan kes sebanyak 885,275 dengan 7,343 kematian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad