web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aktiviti ‘Non-Essential’ Dalam Beberapa Sektor Dibenar Kembali Beroperasi Mulai 16 Ogos - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 12:14PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata semua aktiviti tidak perlu (non-essential) dalam sektor-sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian dibenar kembali beroperasi bermula 16 Ogos di negeri Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagaimanapun, beliau berkata kapasiti pengoperasian adalah bergantung kepada kadar vaksinasi lengkap pekerja.

Muhyiddin menambah kapasiti pengoperasian 100 peratus dibenarkan sekiranya kadar vaksinasi lengkap pekerja berada pada tahap 80 peratus hingga 100 peratus; 80 peratus kapasiti pengoperasian (kadar vaksinasi 60 peratus hingga 79 peratus); manakala 60 peratus kapasiti pengoperasian (kadar vaksinasi 40 peratus hingga 59 peratus).

Perdana Menteri berkata kerajaan sedar keputusan itu akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai yang bimbang dengan risiko penularan, namun setiap ketetapan dibuat dengan berhati-hati.

“Setelah lebih setahun negara berada dalam situasi pandemik, banyak majikan mula mengurangkan tenaga kerja sekali gus menyebabkan ramai hilang pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

“Dalam situasi sukar ini, kerajaan tidak boleh membiarkan keadaan ini berlarutan,” tambahnya.

Muhyiddin turut menzahirkan harapan agar kemudahan yang diumumkan hari ini dapat merancakkan semula perusahaan para majikan.

Justeru, beliau mengingatkan semua majikan supaya mematuhi dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum memulakan semula operasi bagi memastikan keselamatan pekerja dan tempat kerja terjamin.

Pada masa yang sama, majikan turut digesa untuk memanfaatkan sepenuhnya inisiatif subsidi upah yang disediakan kerajaan bagi memastikan setiap pekerja memperoleh bayaran gaji mereka.

Kepada para pekerja, Muhyiddin berkata laporan segera perlu dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di cprc@moh.gov.my atau Kementerian Dalam Negeri di aduan.sop@moha.gov.my atau Kementerian Sumber Manusia melalui aplikasi Working For Workers (WFW) sekiranya majikan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kuasa di tangan anda sebagai pekerja kerana majikan yang tidak mematuhi SOP dan melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikompaun dan dihadapkan ke mahkamah.

“Di bawah Akta ini juga, KKM mempunyai kuasa penuh untuk memberi notis perintah tutup premis,” tegas beliau.

Menurut Muhyiddin, dari tempoh 26 Julai hingga 10 Ogos, lebih 900 premis telah diarahkan tutup kerana kegagalan mematuhi SOP.

Ini sekali gus membuktikan kerajaan amat tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan, tambah beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 3 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad