web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dera Anak Perempuan, Wanita, Teman Lelaki Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 6:27PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan polis selepas disyaki mendera anak perempuan berusia lima tahun, dalam kejadian di Bandar Hilir, di sini, awal pagi Ahad.

Kedua-dua mereka yang berusia 30 dan 38 tahun ditahan di dua lokasi berbeza antara jam 12.15 hingga 12.45 tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kedua-dua suspek itu ditahan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 9.25 malam, berhubung penderaan berkenaan.

Susulan maklumat jelasnya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak- Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) bergegas ke lokasi kejadian.

“Kanak- kanak itu kemudian berjaya diselamatkan oleh polis dan pemeriksaan awal ke atas mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada bahagian tubuhnya.

“Dia dipercayai dipukul oleh ibunya dan teman lelaki wanita itu yang berusia 38 tahun menggunakan tangan dan juga tali pinggang,” katanya.

Mohd Sukri berkata, mangsa yang mempunyai seorang adik berusia setahun lebih kini dirawat di Hospital Melaka.

“Suspek wanita itu ditahan di rumahnya kira-kira jam 12.45 tengah malam manakala suspek lelaki di perkarangan Balai Polis Bandar Hilir.

“Kedua- dua suspek kini direman seminggu bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dijalankan,” katanya. - Getaran, 15 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad