web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sultan Kedah Dukacita Jangkitan COVID-19 Meningkat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 5:28PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menzahirkan rasa dukacita dengan kadar jangkitan COVID-19 baharu yang kekal berada di paras empat angka sejak hampir sebulan lalu.

Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Bakar Din dalam satu kenyataan berkata, baginda bertegas bahawa kerajaan harus memberi pertimbangan wajar untuk memperluaskan vaksinasi kepada populasi yang layak di negeri ini.

Titah baginda, langkah tersebut perlu dilaksanakan kerana hanya kaedah itu sahaja yang dilihat berkesan mengawal kadar jangkitan baharu ketika ini.

“Sehingga 16 Ogos, golongan berusia 18 tahun ke atas yang telah lengkap dua dos baru mencecah 31.8 peratus manakala yang memperolehi satu dos suntikan adalah sebanyak 55 peratus.

“Ini menunjukkan sekiranya suatu langkah serius tidak diambil, Kedah mungkin akan lewat mencapai imuniti kelompok seperti dihasratkan,” titah baginda.

Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Baginda pada masa sama turut menyeru hospital swasta, klinik pengamal perubatan am serta seluruh badan korporat, termasuk swasta agar turut sama berganding bahu dengan memberikan sokongan, bantuan dan sumbangan yang sesuai dengan fungsi, peranan serta kemampuan masing-masing bagi meningkatkan kadar vaksinasi.

Sultan Sallehuddin bertitah, kerajaan Persekutuan perlu membekalkan vaksin dengan lebih banyak agar negeri ini dapat mencapai imuniti kelompok lebih awal sekali gus memulihkan sektor ekonomi.

Menurut Bakar, baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan dan sukarelawan di hospital serta pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh Kedah yang bertungkus-lumus menjalankan tugas diamanahkan.

“Baginda berbangga dengan kegigihan mereka menjalankan tugas tanpa lelah dan mendoakan agar pengorbanan golongan itu akan mendapati ganjaran setimpal di sisi tuhan,” katanya.

Bakar berkata, Sultan Sallehuddin turut bertitah agar semua rakyat Kedah dapat menjaga diri dan keluarga masing-masing supaya terhindar dari jangkitan COVID-19. - Getaran 17 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

2

Kisah Kita 3 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

4

Sukan 1 bulan yang lalu

KDA FC Masih Tiada Penaja Utama

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Semasa 16 jam yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan