web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perdana Menteri 'Caretaker' Jalankan Fungsi Kerajaan 'Caretaker' - KSN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 8:59PM

Mohd Zuki Ali - Gambar fail bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' turut menjalankan fungsi sebagai kerajaan ‘caretaker', demikian menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Dalam satu kenyataan hari ini mengenai fungsi dan peranan kerajaan 'caretaker', Mohd Zuki berkata Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan secara khusus mengenai fungsi dan peranan kerajaan 'caretaker', namun berdasarkan konvensyen dalam sistem demokrasi berparlimen di negara-negara Komanwel, ia hanya berfungsi untuk mentadbir negara sehingga satu kerajaan baharu dibentuk.

“Dalam hal ini, kerajaan caretaker boleh mengambil tindakan-tindakan bagi maksud menjalankan urusan pentadbiran kerajaan.

“Walau bagaimanapun, kerajaan caretaker tidak boleh membuat apa-apa keputusan dan dasar yang boleh mengikat, atau mengambil apa-apa tindakan yang boleh memberi implikasi kewangan dan membebankan kerajaan baharu yang bakal dibentuk, melainkan tindakan tersebut perlu dilaksanakan demi kepentingan awam,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Pelantikan sebagai Perdana Menteri sementara itu diputuskan setelah Seri Paduka berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, serta seluruh Jemaah Menteri yang berkuat kuasa semalam.

Memperincikan mengenai peranan kerajaan ‘caretaker’ itu, Mohd Zuki berkata kerajaan ‘caretaker’ boleh menjalankan tugasan rasmi rutin, termasuk kuasa yang diberi di bawah undang-undang bagi memastikan kerajaan berfungsi.

Beliau berkata kerajaan ‘caretaker’ juga boleh mengadakan mesyuarat rasmi berhubung urusan pentadbiran kerajaan.

Beliau berkata kerajaan 'caretaker' boleh meneruskan pelaksanaan dasar serta program sedia ada, berdasarkan peruntukan kewangan yang diluluskan sebelum Perdana Menteri meletakkan jawatan seperti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Pelan Pemulihan Negara dan bantuan-bantuan lain.

“Kerajaan ‘caretaker’ juga boleh melaksanakan apa-apa perjanjian, kontrak dan aku janji, yang mana dasar telah diluluskan oleh kerajaan atau peruntukan mengenainya telah diluluskan di Parlimen, seperti Belanjawan tahun semasa,” katanya.

Mohd Zuki berkata, kerajaan 'caretaker' juga boleh mengadakan mesyuarat dan menghadiri majlis-majlis rasmi yang telah dijadualkan bagi sesuatu projek atau program kerajaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Inisiatif Bitara Madani Laksana Usaha Beri Lebih Keselesaan Kepada Orang Ramai

2

Semasa 1 tahun yang lalu

JPA Teliti Semula Pekeliling Pemberian, Penerimaan Hadiah Penjawat Awam

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mohd Zuki Umum Ketua Setiausaha Perbendaharaan Baharu Beberapa Hari Lagi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Walau Parlimen Dibubar, Penjawat Awam Terus Beri Perkhidmatan Terbaik - KSN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut