web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JPA Teliti Semula Pekeliling Pemberian, Penerimaan Hadiah Penjawat Awam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 9:36PM

Mohd Zuki Ali - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneliti semula pekeliling berkaitan pemberian dan penerimaan hadiah dalam perkhidmatan awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menurut Mohd Zuki pada Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah Kebangsaan yang dipengerusikan beliau baru-baru ini, ada dibangkitkan tentang isu tatacara penerimaan sumbangan oleh agensi serta kelab di bawah kementerian dan jabatan antaranya berkaitan pematuhan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3, Tahun 1998 berkaitan pemberian dan penerimaan hadiah dalam perkhidmatan awam.

“Isunya bukannya tidak boleh untuk kelab-kelab sukan dan kebajikan untuk menerima sumbangan, namun ia perlu berlandaskan kepada garis panduan dan peraturan yang berkuat kuasa,” katanya ketika berucap pada majlis iftar Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Zuki yang juga Yang Dipertua Maksak berkata program Maksak tidak harus sekadar untuk ahli Maksak sahaja tetapi pelaksanaannya mesti disertai oleh semua peringkat penjawat awam termasuk ahli keluarga mereka.

Beliau berkata program sukan umpamanya boleh diperluas dengan segmen atau kategori permainan agar ia bukan sahaja mengkhususkan kepada mereka yang handal atau jaguh dalam sesuatu sukan tetapi juga memberi ruang kepada mereka yang amatur atau baru berjinak-jinak dengan sukan tersebut.

Mohd Zuki berkata dalam konteks program sosial umpamanya, Maksak boleh menggunakan platformnya untuk mempelbagaikan program korporat sosial dan meneroka peluang baharu dalam memberikan bantuan serta sokongan sosial kepada penjawat awam.

“Apabila spektrum penerima manfaat daripada program Maksak ini dipelbagaikan, maka ia bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI yang menekankan kepada prinsip kesejahteraan dan ihsan yang digagaskan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya.

Dalam konteks pelaksanaan program yang dirancang, beliau berharap semua ahli Maksak terutama dalam kalangan ketua jabatan dan agensi dapat memberikan kerjasama yang penuh bagi memastikan program tersebut dapat dilaksanakan dan mencapai matlamat dengan jayanya.

Mohd Zuki berkata pada tahun ini, Maksak akan menganjurkan sejumlah 27 program yang merangkumi kejohanan sukan @MAKSAK GAMES, kebajikan, sosial dan kebudayaan di seluruh negara.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan duit dan baju raya kepada 40 anak-anak Rumah Bakti Al Kausar, Bangi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Curi Lambang Hakim Untuk Dijadikan Hadiah, 2 Beradik Ditahan

2

TARA 10 bulan yang lalu

5 Hadiah Berteknologi Untuk Menutup Tirai Tahun 2023!

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Bell Ngasri Dapat Kereta Mini Cooper, Akui Tak Tidur Malam Terfikir Bakal Dapat Kereta Apa 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

5,000 Penjawat Awam Lantikan Kontrak Diserap Ke Jawatan Tetap - MB Selangor

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi