web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5,000 Penjawat Awam Lantikan Kontrak Diserap Ke Jawatan Tetap - MB Selangor

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 9:46PM

Sejumlah 5,000 daripada 7,000 penjawat awam lantikan kontrak kerajaan Selangor telah diserap ke jawatan tetap setakat ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sebanyak 5,000 daripada 7,000 penjawat awam lantikan kontrak kerajaan Selangor telah diserap ke jawatan tetap setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata jumlah itu menunjukkan kadar penyerapan ke jawatan tetap adalah tinggi bertepatan saranan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor (SPN).

“Kebanyakan diserap adalah individu berpengalaman daripada pelbagai jawatan antaranya Pegawai Tadbir Diplomatik yang sebahagian besarnya diserap oleh perjawatan peringkat persekutuan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Kerjaya Mega Selangor 2023 di sini hari ini.

Amirudin berkata, beliau turut dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah tidak melaksanakan praktis pekeliling Dasar Pelantikan Tetap Penjawat Awam Bertaraf Kontrak namun pekeliling tersebut tidak dibatalkan.

Katanya, pelantikan tetap menerusi pekeliling tersebut juga sudah tidak menjadi amalan di kebanyakan negeri.

“Saya ingat, mungkin ada salah faham bila kita batalkan pekeliling, ia jadi isu. Negeri lain tidak batal pekeliling dan tidak melaksanakan pun. Itu maklum balas awal, biar saya dapatkan (maklumat lanjut) daripada JPA,” katanya. 

Pada 13 Jun lepas, Amirudin berkata kerajaan negeri akan menyemak semula keputusan pembatalan dasar pelantikan tetap penjawat awam bertaraf kontrak yang telah berkhidmat lebih 15 tahun dan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Jumaat lepas untuk dibincangkan, dan keputusannya akan dimaklumkan oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri. 

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) dalam kenyataan turut meluahkan rasa kesal dengan keputusan kerajaan Selangor yang disifatkan sebagai drastik dan seakan-akan tidak menghargai sumbangan kakitangan kontrak dalam kerajaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka