web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Calon PM Kini ‘Di Tangan’ Yang Di-Pertuan Agong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 6:26PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tempoh penyerahan akuan berkanun (SD) untuk semua Ahli Parlimen mencalonkan nama Perdana Menteri baharu seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tamat pada jam 4 petang tadi.

Setakat ini, berdasarkan kenyataan dikeluarkan beberapa parti politik, dua nama Ahli Parlimen, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri bagi mengisi kekosongan tampuk kepimpinan ditinggalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Barisan Nasional (BN) sebulat suara menamakan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dan mantan Timbalan Perdana Menteri sebagai calon tunggal parti itu.

Selain Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan beberapa wakil rakyat bebas, pencalonan Ahli Parlimen Bera itu disokong PAS, seperti dinyatakan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui media bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini selepas mesyuarat membabitkan kedua-dua parti berkenaan di Menara Datuk Onn, di sini.

“PAS sebulat suara menyokong pencalonan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

“Kita sokong sepenuhnya dan SD sudah siap untuk kita hantar ke Istana Negara petang ini. Kita sudah pun buat keputusan,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Di pihak Anwar pula, beliau dipilih sebulat suara mewakili Pakatan Harapan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) serta disokong Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Walaupun pendirian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak diketahui secara jelas, kedua-dua parti itu dilihat cenderung menyokong Anwar.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, mengesahkan semua Ahli Parlimen parti terbabit sudah menghantar SD ke Istana Negara, manakala berdasarkan laporan media, DAP dan AMANAH turut berbuat demikian.

Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menerusi Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin berkata, pihaknya sudah menghantar SD pada jam 3.40 petang, tetapi calon yang dinamakan sebagai Perdana Menteri bukan dari parti ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika ditanya media berhubung calon pilihan mereka memaklumkan, pimpinannya sebulat suara mengemukakan satu nama, namun enggan mendedahkan siapakah individu terbabit.

Bagaimanapun di sebalik cakap-cakap, spekulasi dan pengesahan itu, pastinya pengumuman rasmi Perdana Menteri Ke-9 yang akan ditentukan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perlembagaan Persekutuan menjadi perkara paling ditunggu-tunggu serta mendebarkan.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kesemua 220 ahli Dewan Rakyat mempersembahkan SD yang menyatakan seorang ahli Dewan Rakyat diberi kepercayaan menjadi Perdana Menteri baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda mahu semua ahli Dewan Rakyat mengemukakan surat akuan masing-masing kepada pihak Istana Negara sebelum jam 4 petang tadi.

Baginda menegaskan, surat akuan itu bertujuan membantu baginda membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat seperti diperuntukkan mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. - Getaran, 18 Ogos

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 4 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 4 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad