web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Patuh SOP Tanggungjawab Individu - Pengerusi PKOB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 8:53PM

Arnold (kanan) melawat Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam mencegah jangkitan COVID-19 adalah tanggungjawab setiap individu.

 Pengerusi Pengurusan Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Tawau, Arnold Joibi berkata, pematuhan SOP itu perlu diamalkan khususnya ketika berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

"Saya sedia maklum rungutan orang ramai mengenai pelanggaran SOP di PPV Dewan Masyarakat Tawau, sekali gus menimbulkan kebimbangan akan berlaku jangkitan COVID-19.

"Secara umumnya, PKOB telah menetapkan petugas di setiap PPV bagi membantu kelancaran operasi vaksinasi termasuk berkaitan pematuhan SOP," katanya.

Bagaimanapun tegas Arnold, tanggungjawab utama (mematuhi SOP) perlu digalas orang ramai, bukan bergantung sepenuhnya kepada tindakan perundangan semata-mata.

Kerajaan jelas beliau, tidak pernah gagal mempromosikan pematuhan SOP sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan.

"Atas faktor ini, mereka tidak mempunyai alasan untuk melanggar semua peraturan ditetapkan.

"Ketika ini, memang ramai yang akan hadir ke PPV, justeru, adalah perlu untuk kita menjaga diri sendiri dan melakukan penjarakan fizikal," katanya.

Minggu lalu, Getaran melaporkan, PPV Dewan Masyarakat Tawau berpotensi menjadi bom jangka penyebaran jangkitan COVID-19 selepas berlaku kesesakan luar biasa sehingga tiada penjarakan fizikal.

Malah situasi sama turut dikesan berlaku di beberapa daerah lain termasuk Keningau, Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Kesesakan juga dikatakan berlaku di PPV Dewan Sri Kunak, Kunak, selepas PKOB daerah berkenaan membenarkan vaksinasi secara walk in untuk warga asing.

Dr G Navindran
Dr G Navindran

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Tawau, Dr G Navindran menjelaskan tiada pelanggaran SOP dilaporkan berlaku di bahagian dalam dewan.

"Bagaimanapun, kesesakan berlaku sebelum kaunter pengambilan nombor giliran apabila orang ramai gagal hadir mengikut masa ditetapkan.

“Mereka datang pada waktu pagi walaupun temu janji suntikan sudah ditetapkan pada waktu petang," katanya.

Tambahnya, pertambahan bilangan orang ramai itu juga dikesan menjadi punca kesesakan, memandangkan PKOB Tawau membekalkan sehingga 5,000 dos sehari di kesemua enam PPV di daerah berkenaan termasuk Kalabakan. – Getaran, 19 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad