web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kebenaran Beroperasi Terlalu Terburu-Buru - Peniaga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 10:03AM

Sebanyak 6,384 pengusaha kedai gunting rambut di seluruh negara sudah gulung tikar akibat terkesan dengan pelaksanaan PKP. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan membenarkan 11 aktiviti ekonomi untuk beroperasi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dilihat sebagai satu inisiatif yang baik bagi memulihkan ekonomi negara.

Namun begitu, ada segelintir peniaga tidak bersetuju dengan keputusan tersebut yang dianggap terlalu terburu-buru memandangkan kes COVID-19 masih lagi tinggi.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Foodie Box Group, Jimmy Lee, 43 berkata, keputusan kerajaan membenarkan beberapa aktiviti ekonomi beroperasi merupakan sesuatu yang perlu dipertimbangkan semula.

Jimmy Lee
Jimmy Lee

“Saya rasa keputusan untuk membuka perniagaan secara terbuka pada waktu ini adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan, walaupun kerajaan memberi kelonggaran kepada mereka yang telah mendapat 2 dos vaksin, tetapi ia bukan satu jaminan bahawa kita tidak akan dijangkiti virus COVID-19.

“Jadi buat masa ini, saya rasa adalah lebih baik jika kerajaan memberi sedikit masa lagi sehingga Oktober. Sekiranya ketika itu kes semakin turun, maka perniagaan serta sektor ekonomi sudah boleh beroperasi seperti sedia kala,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, pembukaan semula ekonomi boleh dipertimbangkan sekiranya penurunan kes bagi negeri Fasa 1 PPN dan vaksinasi dos kedua sudah mencapai lebih 70 peratus seperti yang berlaku di Labuan.

“Dengan adanya varian Delta, dan sehingga kini KL dan Selangor masih belum menunjukan penurunan kes COVID-19, saya tak rasa pembukaan semula ekonomi benar-benar selamat,” katanya.

Sementara itu, seorang pengusaha kedai gunting rambut di Bazar Malam, Uptown Puchong, Mohd Nassri Masuruni berkata, dia menyambut baik kebenaran pembukaan 11 sektor berkenaan, namun kecewa kerana waktu operasi terlalu singkat.

Mohd Nassri Masuruni (kiri) menyambut baik kebenaran pembukaan 11 sektor berkenaan, namun kecewa kerana waktu operasi terlalu singkat bagi peniaga larut malam sepertinya.
Mohd Nassri Masuruni (kiri) menyambut baik kebenaran pembukaan 11 sektor berkenaan, namun kecewa kerana waktu operasi terlalu singkat bagi peniaga larut malam sepertinya.

Nassri yang telah mengusahakan perniagaan kedai gunting rambut di Uptown sejak empat tahun lalu juga berasa seolah tersisih, apabila peniaga larut malam sepertinya hanya beroperasi selama lebih kurang tiga jam sahaja sekiranya dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebenarnya, tidak ramai yang memandang kesusahan peniaga Uptown seperti kami, kerana walaupun dibenarkan beroperasi, waktunya terlalu singkat. Selalunya peniaga pasar malam akan membuka kedai paling awal jam lima petang, dan berakhir pada jam lapan malam.

“Walaupun sudah dibenarkan beroperasi bermula 16 Ogos, saya masih mengambil keputusan untuk tidak membuka perniagaan sepenuhnya kerana waktu yang terlalu singkat dan orang ramai takut untuk keluar rumah, apatah lagi menjelang malam,” ujarnya kesal.

Justeru Nassri menggesa, waktu operasi perlu dipanjangkan sehingga 10 malam sekiranya kerajaan mahu membuka semula sektor ekonomi.

Ditanya, berapa lamakah masa diperlukan untuk memulihkan semula perniagaan mereka, Nassri berkata, ia memakan tempoh yang agak panjang berikutan semua wang simpanan telah habis digunakan.

“Kami antara yang paling terkesan sejak PKP 1.0 lagi. Semua duit simpanan telah digunakan untuk membayar sewa premis dan meneruskan kelangsungan hidup. Jadi apabila kerajaan umum sudah dibenarkan beroperasi, saya sebagai peniaga larut malam, tidak tahu nak lahirkan perasaan seronok atau sebaliknya,” katanya.

Presiden Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA), TN  Winda Mohd Tahir sebelum ini melaporkan, 6,384 pengusaha kedai gunting rambut di seluruh negara sudah gulung tikar akibat terkesan dengan pelaksanaan PKP. - Getaran, 20 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kecoh Depan Masjid Zahir, 2 Lelaki Ditahan Halang Tugas Penguatkuasa 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad