web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peniaga Kecil Sambut Baik Kebenaran Beroperasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 8:08PM

Chung (tengah) mula berniaga sejak tiga hari lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Keputusan kerajaan membenarkan 11 sektor kembali beroperasi, khususnya di negeri yang berada di bawah Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) nyata mencetuskan pelbagai reaksi.

Ketika ada yang bergembira dengan arahan itu, golongan peniaga di Johor pula mengeluh kerana kebenaran beroperasi hanya akan dilaksanakan jika kadar vaksinasi negeri itu mencapai 50 peratus.

Namun di daerah ini, kebenaran diumumkan kerajaan itu mendapat reaksi positif, khususnya kalangan peniaga yang sememangnya menantikan saat itu.

Peniaga barangan kemas, Chung Wei Chun, 44, berkata, khabar gembira itu ibarat harapan baharu kepada peniaga kecil sepertinya untuk meneruskan perniagaan.

“Kami baharu beroperasi tiga hari, iaitu sebaik kebenaran kerajaan diumumkan Isnin lalu.

“Buat masa ini, perniagaan masih perlahan dan kurang pelanggan, mungkin disebabkan COVID-19,” katanya.

Menurut Wei Chun, dia terpaksa membayar sewa bulanan premis hampir RM3,500 sebulan walaupun kedainya ditutup ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) sejak lebih dua bulan lalu.

Bagi peniaga pakaian, Kamariah Mohd Jaafar, 64, selain menerima maklumat menerusi media, dia turut merujuk kepada Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sebelum mula berniaga, dua hari lalu.

“MPT menasihatkan hanya peniaga yang sudah melengkapkan dos vaksin sahaja membuka perniagaan, justeru sebagai peniaga kami akur dengan ketetapan itu demi kebaikan bersama,” katanya.

Selain kedai barang kemas dan pakaian, kebenaran beroperasi turut diberikan ke atas kedai menjual peralatan sukan, aksesori, fotografi dan perkhidmatan fotografi, barangan terpakai, kraf tangan, cenderahati, barangan antik, alat permainan, permaidani, kandungan kreatif, peralatan aktiviti luar, penjagaan kulit, minyak wangi dan tembakau.

Sabah berada di Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersama lima negeri lain iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang. - Getaran, 20 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad