web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PDRM Mohon Bantuan Interpol Kesan Caprice, Nadir Al-Nuri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 7:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan penyanyi rap Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata permohonan bantuan itu dikemukakan pada 16 Ogos lepas bagi merakam percakapan kedua-dua mereka secara dalam talian bagi tujuan siasatan.

Ashari berkata ia bagi melengkapkan siasatan berhubung satu laporan yang dibuat pendakwah terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada 21 Julai lepas.

Beliau menjelaskan permohonan bantuan Interpol itu dibuat selepas segala usaha menghubungi kedua-dua individu berkenaan tidak dibalas termasuk menerusi e-mel dan laman sosial.

“Kami juga sedang menghubungi nombor telefon seperti yang dimuat naik Caprice di laman Instagramnya dan berharap beliau memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ebit Lew membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan kedua-dua individu berkenaan di laman sosial dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut