web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SIA, Scoot Peroleh Permintaan Tinggi Penerbangan VTL Singapura-Kuala Lumpur

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 11:13AM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiket penerbangan bebas kuarantin Singapura-Kuala Lumpur menjadi rebutan ramai, sebaik tempahannya dibuka Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan tambang murah, Scoot.

The Straits Times dimaklumkan, tempahan untuk penerbangan ‘laluan perjalanan divaksinasi’ (VTL) di antara Singapura dan Kuala Lumpur itu yang dibuka pada jam 10 pagi semalam, habis dijual lebih sejam kemudian, iaitu sekitar jam 11.20 pagi.

Bagaimanapun, SIA tidak mendedahkan angka sebenar atas alasan maklumat itu adalah sensitif.

Katanya, tempat duduk dalam penerbangan juga ditempah pelanggan sedia ada yang dibuat secara terus dengan SIA bagi perjalanan dari 29 November ini hingga 26 Mac tahun depan.

Menurut jurucakap, tempahan semula bagi tempat duduk sama yang dibuat sebelum ini, menyebabkan penerbangan VTL pada tarikh tertentu habis ditempah pada sistem syarikat itu.

Syarikat penerbangan itu juga memaklumkan, pihaknya akan menghantar emel kepada setiap pelanggan apabila mereka sudah membuat tempahan semula bagi VTL.

Sementara itu jurucakap Scoot berkata, pihaknya turut menerima peningkatan pertanyaan daripada pelanggan, pelancong serta ahli perniagaan di Singapura dan Malaysia. - The Straits Times

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia