web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Selami Aneka Selera Mat Western Di Singapura

Kenali Mat Western, kedai makan di Singapura kendalian saudara baharu Islam bernama Umar Fabrice dari Perancis bersama rakannya, Hidir Kasim.

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 8:30AM

Gambar: Freda Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terdetik di hati penulis untuk bertanya siapakah cef yang kelihatan seakan-akan ‘mat salleh’ yang sedang memasak di dapur sebuah kedai  di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan(HDB), Blok 122, Bedok North, Singapura baru-baru ini.

Gerainya diberi nama Mat Western. Pada papan tanda ditulis gerai milik oleh orang Islam. Menarik, kan?

Meskipun pada mulanya ada yang akan rasa was-was atau tertanya apabila melihat orang Melayu makan di situ. Kini sudah terjawab apabila penulis berkesempatan menemui pemiliknya di kedainya sendiri baru-baru ini.

Rupa-rupanya cef itu adalah saudara baharu Islam bernama Umar Fabrice yang berasal dari Brittany, Perancis. Dia memilih untuk membuka kedai Mat Western bersama teman Melayunya dari Singapura bernama Hidir Kasim.

Umar Fabrice
Umar Fabrice

Menurutnya, mereka sebenarnya mempunyai sebuah kedai piza di Johor Bahru pada awal tahun 2020 namun terpaksa ditunda operasinya disebabkan oleh pandemik.

Mereka tidak dapat merentas Tambak Johor untuk meneruskan usaha mereka itu buat masa sekarang ini.

Sebelum membuka kedai di kawasan timur Singapura, Mat Western mempunyai kedai di Jurong Pier Road.

Mat Western mula beroperasi pada November 2021 dengan pelbagai menu antaranya lamb chop kecap sauce, lamb shank mash potato, burger cheesy wagyu, pasta pepper wagyu, chicken aglio, truffle fries dan chicken chop mushroom fries.

Umar yang meminati makanan Melayu mengatakan dia senang bekerja di Singapura dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum dan agama tanpa ada masalah perkauman seperti katanya berlaku di Perancis.

Berbekalkan pengalaman selama 15 tahun sebagai seorang sous chef, Umar bergabung tenaga membuka Mat Western dengan seorang lagi cef yang bernama Hidir. Mereka sudah saling mengenali sejak 11 tahun lalu.  

Selain makanan Barat, mereka menjual pelbagai jenis piza juga seperti Nutella pizza, peanut butter pizza, eggplant and pecorino dan duck and rosemary pizza. Hidir pakar membuat piza. 

Terang Umar, “Penjualan piza disambung semula dalam masa terdekat ini. Walaupun sewa mahal sikit dari kedai di Jurong Pier Road, Alhamdulillah ia mendapat sambutan yang sangat baik yang kami tak jangkakan.”

Meskipun mereka telah membuka kedai piza di Johor Bahru, mereka tetap akan kekalkan cawangan di Bedok North khusus untuk penggemar makanan ala Barat dengan harga yang berpatutan itu.

Apakah antara sajian istimewa Mat Western yang sempat dicuba dalam kunjungan penulis bertemunya?

 

Lamb shank mash potato

Lamb shank ala Perancis ini dimasak selama 4 jam dengan cara slow cook untuk memastikan dagingnya berjus dan lembut. Stu dan lamb shank dimasak bersama dalam periuk.

Kata Umar, “Kebanyakan masakan Perancis menggunakan alkohol jadi kami nak buktikan ia boleh dimasak tanpa gunakan alkohol seperti wain merah.”

Lamb shank mereka memang lembut dengan stu yang lazat!

 

Chicken chop mushroom fries

Dengan bahagian ayam yang besar, Umar menggunakan cendawan segar setiap hari untuk membuat sos cendawan, bukan cendawan dalam tin seperti yang digunakan oleh kebanyakan kedai lain di Singapura.

“Kami campurkan parsli, minyak zaitun dan bawang putih yang diletakkan dia atas ayam panggang itu untuk kelainan.”

Mungkin itulah rahsianya chicken chop mereka enak.

 

Pepper wagyu pasta

Signature dish Mat Western sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan memakan pasta yang pedas beserta daging wagyu.

Ia ditambah dengan kicap manis dengan sos pasta buatan sendiri.

 

Cheesy wagyu burger

Patti daging lembu yang tebal, cukup berbaloi untuk mencuba burger ini kerana ia mengenyangkan. Dipadankan dengan kentang goreng yang tidak berminyak langsung.

Cubalah sekiranya anda ingin merasakan sendiri masakan si Mat Perancis ini! Saiz hidangannya juga agak besar. Berbaloi dengan harga yang dibayar. - Getaran, 3 Januari 2022

Alamat : Mat Western, Blk 122, Bedok North Street 2, Singapura

Instagram: Mat_Western

Gambar: Freda Hassan

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

3

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Daim Zainuddin Meninggal Dunia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Semasa 1 hari yang lalu

Op Tebuk: Polis Tembak Mati 4 Penjenayah Warga Asing