web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Singapura Buka Sempadan Kepada Semua Pengembara Lengkap Divaksin Pada 1 April

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 2:49PM

Di bawah Rangka Kerja baharu itu, semua pengembara yang lengkap divaksin dari mana-mana negara atau wilayah akan dibenarkan memasuki Singapura tanpa kuarantin. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura akan membuka semula sempadannya kepada semua pengembara yang lengkap divaksin dari negara atau wilayah dalam Kategori Perjalanan Umumnya dan akan beralih kepada Rangka Kerja Perjalanan Bervaksin baharu mulai 1 April 2022.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata di bawah Rangka Kerja baharu itu, semua pengembara yang lengkap divaksin dari mana-mana negara atau wilayah akan dibenarkan memasuki Singapura tanpa kuarantin, selagi mereka tidak melawat mana-mana negara atau wilayah dalam Kategori Terhad republik itu dalam tujuh hari.

“Pada masa ini tiada negara atau wilayah dalam Kategori Terhad,” kata CAAS dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan peralihan ke Rangka Kerja Perjalanan Bervaksin, CAAS berkata semua pengaturan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) dan Pembukaan Sepihak (UO) sedia ada akan ditamatkan.

Awal hari ini, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata republik itu akan melonggarkan peraturan perjalanan rentas sempadan memandangkan keadaan Omicron kini terkawal.

“Sebelum ini, kita berhati-hati kerana belum pasti mengenai kesan Omicron. Hampir semua kes kita adalah domestik, yang berpunca daripada komuniti,” kata Lee dalam kemas kininya mengenai situasi COVID-19 republik itu yang disiarkan secara langsung di sini.

Hsien Loong berkata kes jangkitan melibatkan ketibaan dari luar negara hanya sebahagian kecil daripada kes.

“Oleh itu, kita boleh membuka sempadan dengan selamat dan akan memperkemas secara drastik keperluan ujian dan kuarantin untuk pengembara,” katanya.

Antara lain, di bawah Rangka Kerja baharu, pengembara yang divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi mengambil sebarang ujian COVID-19 di Singapura.

Bagaimanapun, mereka mesti menjalani ujian pra-berlepas (PDT) dalam masa dua hari sebelum berlepas ke Singapura dan menunjukkan keputusan ujian negatif.

PDT ini boleh dilakukan dengan ujian Reaksi Rantaian Polimerase, Ujian Pantas Antigen (ART) yang ditadbir secara profesional atau ART yang dilakukan sendiri yang diawasi dari jauh oleh penyedia ART di Singapura yang menyediakan perkhidmatan sedemikian.

Syarikat penerbangan tidak lagi perlu mengendalikan penerbangan VTL yang ditetapkan ke Singapura, dan pengembara yang lengkap divaksin kini boleh memasuki Singapura mengikut mana-mana penerbangan.

Seiring dengan itu, tiada lagi kuota ketibaan harian, kata CAAS.

Bagi Status Pemvaksinan, semua sijil vaksinasi, tanpa mengira tempat ia keluarkan dan sama ada  boleh disahkan secara digital atau tidak, akan diterima sebagai bukti vaksinasi.

CAAS menambah bahawa pengembara yang sudah menerima vaksin lengkap tidak memerlukan kelulusan kemasukan untuk memasuki Singapura.

Ini bermakna pengembara tidak lagi perlu memohon Pas Perjalanan Bervaksin (VTP) atau Pas Perjalanan Udara (ATP) untuk masuk ke Singapura, kata kenyataan itu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan republik itu menambah negara juga sedang berusaha ke arah penyambungan semula sepenuhnya perjalanan darat dengan Malaysia untuk pengembara yang lengkap divaksin.

“Perincian mengenai langkah-langkah sempadan yang tepat bagi pengembara yang lengkap divaksin untuk memasuki Singapura melalui sempadan darat akan diumumkan bersama Malaysia,” kata kementerian itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut