web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Selamat Tinggal, Comel - Peliharaan Dan Pengebumian Di Singapura

Di Singapura, ada aturan yang perlu diikuti jika peliharaan tersayang mati. Teruskan membaca untuk mengetahui prosesnya.(Amaran: Mengandungi gambar yang boleh menyebabkan kesedihan).

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Jun 2021 11:37AM

Gambar: Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda terfikir sekiranya kucing atau arnab kesayangan anda mati di Singapura apakah yang akan anda lakukan pada bangkai haiwan kesayangan anda itu?

Apakah anda akan tanam sendiri bangkai tersebut berdekatan dengan rumah sehingga menimbulkan bau yang kurang enak dan boleh menjejas kesihatan orang sekeliling?

Apakah dibenarkan untuk anda tanam sendiri bangkai kucing tersebut tanpa merujuk kepada pihak berkuasa?

Artikel ini ada jawapan-jawapan tersebut setelah penulis menghubungi salah seorang penyedia khidmat menguburkan haiwan yang telah mati iaitu Encik Muhammad Hafiz Bin Mohamed Nasir dari Nur Jannah Services, Singapura.

Pada awalnya, agak sukar juga untuk mendapatkan senarai syarikat-syarikat atau orang perseorangan yang menyediakan khidmat menguburkan haiwan yang telah mati. Kebanyakan syarikat hanya menguruskan pengkebumian jenazah sahaja.

Mengapakah dia yang senang disapa sebagai Encik Hafiz sahaja mengadakan khidmat menguburkan haiwan secara sah di Singapura?

“Saya pencinta haiwan, jadi bila saya dapat tahu kalau haiwan mati ia akan dibakar ataupun tidak ada tempat khas untuk dikebumikan jadi saya ambil langkah ini untuk mencari tempat yang sempurna untuk persemadian haiwan-haiwan ini.

“Kalau kita nak kebumikan di sebarangan tempat, kita akan disaman oleh pemerintah,” kongsinya baru-baru ini.

Syarikatnya Nur Jannah Services telah beroperasi selama 10 tahun menguruskan jenazah orang-orang Islam di Singapura. Namun khidmat menguruskan dan menguburkan bangkai haiwan baru setahun lebih dilaksanakan.

Dia tidak menafikan suatu ketika dahulu agak sukar untuk mencari syarikat Melayu Islam yang menawarkan khidmat sedemikian. Terangnya, “Kalau tidak ada permit, ada pihak yang akan korek balik dan buang. Tidak susah nak dapat permit cuma harganya agak tinggi.”

Bangkai haiwan yang telah mendapat permit yang sah untuk ditanam melalui syarikatnya itu akan ditanam di kawasan pengebumian manusia cuma plot itu belum lagi digunakan.

Sambung Hafiz, “Decomposition rate haiwan paling lama ialah 4 bulan. Selepas itu kalau kita korek balik hanya nampak tulang-tulang sahaja. Kita boleh guna semula untuk tanam haiwan lain sama ada di Pusara Abadi atau Pusara Aman.”

Dalam seminggu, syarikatnya menerima 25-30 permintaan dari pemilik haiwan samada untuk menanam bangkai kucing, arnab atau burung.

Apa pula prosedur yang betul untuk menanam bangkai haiwan, tanya kami. “Hanya perlu dibersihkan, tak perlu dimandikan dan bangkai dibalut dengan kain. 

“Letak kapur barus hanya untuk hilangkan bau supaya plot itu tidak akan dikorek oleh binatang lain seperti anjing atau babi (hutan) nanti sebab bau kapur barus itu kuat.”

Apabila plot digali, dia akan meletakkan cangkul untuk ukur berapa dalam kubur tersebut. Panjangnya mesti setengah cangkul supaya tidak senang untuk dikorek balik oleh binatang-binatang.

Ada juga pemilik haiwan meminta agar Encik Hafiz membuatkan tanda atau pagar setelah ditanam bangkai tersebut agar mudah untuk mereka mencarinya nanti.

Katanya, “Tidak dibenarkan untuk letak pagar atau letak batu kerikil atau papan tanda. Sebelum ini juga ada seorang makcik yang akan ziarah setiap hari. Dia akan duduk dan bacakan Yaasin sekali. Tidak boleh ada batu nisan seperti manusia.”

Dengan adanya khidmat tersebut di Singapura, pemilik haiwan berpuas hati kerana syarikatnya telah membantu menguruskan bangkai haiwan kesayangan mereka.

Tambahnya untuk temu bual ini, “Bila saya sendiri yang uruskan pengebumian ini, mereka ucapkan terima kasih kerana mereka tidak tahu sebenarnya ada khidmat ini di Singapura. Mereka rasa lega bahawa haiwan kesayangan mereka telah disemadikan dengan sempurna.”

Nur Jannah Services boleh dihubungi di talian +65 985 02395 sekiranya anda di Singapura berhajat mendapatkan khidmat tersebut. - Getaran, 20 Jun 2021

Semua gambar: Ihsan Nur Jannah Services

Isu Pada

YHB Sleepsalot Mencari Suara Sendiri

19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Uruskan Jenazah Suspek Di Hospital, Kubur Perlu Dijauhkan - Majlis Fatwa Johor

4

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia