web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peluang Sarawak United Ke Liga Super Semakin Cerah

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Aug 2021 10:41AM

Penyerang SUFC, Sandro Da Silva meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika menentang skuad Projek FAM-MSN dalam aksi Liga Perdana, di Stadium UiTM, Shah Alam - Gambar ihsan Sportflex Malaysia

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Peluang Sarawak United FC (SUFC) untuk kembali beraksi dalam kancah Liga Super tahun hadapan semakin cerah selepas membelasah skuad Projek FAM-MSN dengan jaringan 4-0 dalam aksi Liga Perdana, di Stadium UiTM, Shah Alam, kelmarin.

Jurulatih SUFC, Elavarasan Elangowan berkata, kemenangan dengan mengutip tiga mata itu amat penting bagi mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Perdana.

"Sepanjang perlawanan ini kita berjaya mewujudkan banyak peluang dan  menjaringkan empat gol.

"Semua pemain telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang perlawanan dan fokus untuk memburu kemenangan mutlak," katanya kepada Getaran hari ini.

Elavarasan turut memuji prestasi cemerlang yang ditunjukkan pemain import SUFC, Sandro Da Silvo dalam perlawanan itu.

"Sandro pemain yang cukup berpengalaman, setiap kali diberi peluang bermain sudah tentu penyudahnya bagus, kita memang jangkakan prestasi terbaik daripadanya.

"Untuk mengekalkan momentum kemenangan, pemain mesti terus fokus untuk perlawananan seterusnya," jelasnya.

Dalam perlawanan kelmarin, SUFC membuka jaringan menerusi Sandro Da Silva pada minit ke -21, sebelum Taylor Francis George Regan (minit ke-42), Muhammad Gopi Rizqi Ramachandra (minit ke-84) dan Nur Shamie Iszuan Amin (minit ke-89) menyumbat bola ke gawang lawan.

SUFC kini menerajui Liga Perdana dengan mengumpul 34 mata menerusi 16 perlawanan, diikuti Negeri Sembilan ditangga kedua dengan 32 mata, Terengganu (29) dan Johor Darul Ta’zim II (27).

SUFC akan menentang PDRM pada 27 Ogos ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. - Getaran, 24 Ogos 2021
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 58 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok