web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Australia Batal Visa Djokovic Untuk Kali Kedua

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 6:45PM

Novak Djokovic - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Dalam kemelut terbaharu mengenai status Novak Djokovic, pihak berkuasa Australia pada Jumaat telah membatalkan visa bintang tenis Serbia itu buat kali kedua.

“Hari ini, saya menggunakan kuasa saya di bawah seksyen 133C(3) Akta Migrasi untuk membatalkan visa yang dipegang Novak Djokovic atas alasan kesihatan dan ketenteraman, atas dasar kepentingan awam untuk berbuat demikian,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Menteri Imigresen Alex Hawke.

Hawke juga menyatakan bahawa beliau “membuat pertimbangan teliti terhadap maklumat” yang diserahkan kepadanya oleh Kementerian Dalam Negeri, Pasukan Sempadan Australia, dan Djokovic, juara Terbuka Australia sembilan kali.

“Kerajaan Morrison komited melindungi sempadan Australia, terutamanya berkaitan pandemik COVID-19,” tambah Hawke, sambil berterima kasih kepada penjawat awam Australia yang berkhidmat demi kepentingan negara di saat mencabar ini.

Djokovic berkemungkinan berdepan larangan tiga tahun sebelum dibenarkan memohon visa Australia yang baharu, menurut laporan Agensi Anadolu.

Pada 4 Januari, Djokovic, 34, berkata beliau telah diberi pengecualian daripada menerima suntikan vaksin COVID-19, tetapi Pasukan Sempadan Australia bertindak membatalkan visanya kerana gagal memenuhi syarat kemasukan COVID-19.

Australia mewajibkan semua pemain yang bersaing dalam kejohanan tenis itu melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Pemain nombor satu dunia itu dihantar ke hotel tahanan imigresen di Melbourne, tetapi mahkamah persekutuan memerintahkan beliau dibebaskan.

Djokovic enggan mengesahkan sama ada beliau telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, namanya tersenarai dalam cabutan rasmi saingan Terbuka Australia pada Khamis.

Kejohanan Terbuka Australia 2022, Grand Slam pertama tahun ini, akan bermula Isnin depan di Melbourne. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 bulan yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

5 bulan yang lalu

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Akan Dikeluarkan Segera - Menteri Pertahanan

4

Ekonomi 7 bulan yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan