web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Chelsea Tumpaskan Lille, Mara Ke Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 7:51AM

Azpilicueta meraikan kemenangan ke atas Lille selepas tamat perlawanan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LILLE - Chelsea mengetepikan masalah di luar padang mereka dan mengesahkan tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan menundukkan Lille.

Gol Cesar Azpilicueta membantu Chelsea menang 2-1 dan mara ke pusingan seterusnya dengan agregat 4-1 ke atas kelab Perancis itu.

Chelsea ketinggalan di babak pertama selepas Burak Yilmaz menjaringkan sepakan penalti.

Gol itu mencerahkan peluang Lille untuk mara ke pusingan seterusnya berikutan kekalahan 2-0 di aksi pertama di Stamford Bridge bulan lalu.

Tetapi Christian Pulisic menyamakan kedudukan di masa tambahan babak pertama dan kapten pasukan Azpilicueta menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71 permainan.

Dengan Paris St Germain tersingkir minggu lalu dan kini Lille pula ditunjukkan jalan keluar, ini bermakna tiada kelab Perancis akan terlibat dengan undian pusingan suku akhir pada hari Jumaat.

Berbeza pula dengan Chelsea, mereka menyertai Liverpool dan Manchester City untuk menjadikan tiga kelab Inggeris yang layak ke suku akhir.

“Apa yang telah berlaku dalam beberapa minggu yang lepas ini tidak normal, tetapi kami harus terus berlatih. Ini adalah perlawanan yang sukar dan kami gembira dapat mara.

“Pasukan ini akan bersaing sedaya upaya, kami akan berikan persembahan terbaik dan akan terus bersama. Harap-harapnya kami boleh menamatkan musim ini dengan kejayaan,” kata Azpilicueta kepada BT Sport. - AFP

Keputusan lain: 

Juventus 0 Villarreal 3

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Gol Vinicius Hancurkan Harapan Liverpool

3

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Gol Lewat Rodrygo Musnah Impian Final Man City

4

Sukan 2 tahun yang lalu

City Bawa Kelebihan Tipis Ke Santiago Bernabeu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia