web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Aug 2023 8:08PM

Kepa Arrizabalaga kini sah bermain untuk pasukan Real Madrid. gambar laman web Real Madrid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman selama semusim ke Real Madrid.

Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 28 tahun itu, yang menyertai The Blues dengan nilai £71.6 juta (AS$90.7 juta) daripada Athletic Bilbao pada Ogos 2018, menandatangani kontrak di Bernabeu sehingga Jun tahun hadapan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Real memerlukan penjaga gol baharu selepas Thibaut Courtois diketepikan untuk majoriti musim ini kerana kecederaan ACL.

Kenyataan di laman web rasmi Real berkata: “Real Madrid CF dan Chelsea FC telah bersetuju untuk meminjam pemain Kepa Arrizabalaga, yang dikaitkan dengan kelab musim ini, sehingga 30 Jun 2024.

“Dalam penampilan lima musimnya di Chelsea, beliau telah memenangi satu Liga Juara-Juara, satu Piala Dunia Kelab dan satu Liga Europa.”

Kepa akan diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Real Madrid pada petang Selasa.

Kepulangannya ke Sepanyol berikutan ketibaan rakan senegara Robert Sanchez berusia 25 tahun di Stamford Bridge dari Brighton.

Satu kenyataan di laman web rasmi kelab itu berkata: “Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga telah melengkapkan perpindahan pinjaman sepanjang musim ke kelab La Liga, Real Madrid.

“Kelab mengucapkan selamat maju jaya untuk musim hadapan di Madrid, di mana beliau akan bekerjasama dengan bekas ketua jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti". - BERNAMA-dpa

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Gol Vinicius Hancurkan Harapan Liverpool

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Gol Lewat Rodrygo Musnah Impian Final Man City

3

Sukan 2 tahun yang lalu

City Bawa Kelebihan Tipis Ke Santiago Bernabeu

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Chelsea Tumpaskan Lille, Mara Ke Suku Akhir

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia