web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


City Bawa Kelebihan Tipis Ke Santiago Bernabeu

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Apr 2022 7:36AM

Foden meraikan jaringan ketiga City menentang Real di Stadium Etihad. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANCHESTER - Pep Guardiola berkata beliau cuba menegaskan kepada anak buahnya yang mereka berjaya menumpaskan Real Madrid 4-3 awal pagi tadi walaupun kecewa gagal menamatkan aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Etihad.

Kevin De Bruyne, Gabriel Jesus, Phil Foden dan Bernardo Silva kesemuanya menjaringkan gol buat Manchester City yang memegang kelebihan dua gol dalam perlawanan ini tiga kali.

Tetapi dua gol daripada Karim Benzema dan satu gol solo daripada Vinicius Junior memberikan Real sinar harapan menjelang aksi balas di Santiago Bernabeu pada awal pagi 5 May.

“Saya mahu cuba meyakinkan para pemain saya bahawa kami memenangi perlawanan dan kami perlu pergi ke Bernabeu untuk bermain seperti yang kami lakukan hari ini.

“Tidak kisahlah sama ada kami menang dengan satu atau empat gol, di Bernabeu anda perlu menunjukkan siapa anda jika tidak, tiada peluang.

“Ia adalah ujian yang baik untuk pasukan ini,” kata Guardiola.

Pengendali Real, Carlo Ancelotti, bangga dengan reaksi yang diberikan oleh para pemainnya selepas ketinggalan dua gol setelah hanya 10 minit perlawanan bermula.

“Kami memulakan permainan dengan teruk, kami melepaskan gol dengan terlalu mudah.

“Selepas itu pasukan ini menunjukkan reaksi yang hebat.

“Kami perlu bertahan dengan lebih baik. Jika kami bertahan dengan lebih baik dalam perlawanan kedua, kami akan menang.

“Jika tidak, kami akan terkeluar,” kata Ancelotti. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

TECNO Kini Penyokong Global Rasmi Untuk Kejohanan Kelab AFC 2024-2025

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia