web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bintang Tenis Sensasi Roger Federer Umum Bersara

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 1:50PM

Federer berkata sejak tiga tahu lalu beliau sering mengalami masalah lutut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Pemain legenda Switzerland Roger Federer yang juga juara Grand Slam 20 kali, pada Khamis mengumumkan beliau akan bersara daripada arena tenis profesional.

“Piala Laver minggu depan di London akan menjadi acara ATP terakhir saya. Sudah pasti saya tetap akan bermain tenis, tetapi bukan di Grand Slam atau jelajah.

“Saya kini berusia 41 tahun. Selama 24 tahun saya sudah bermain lebih 1,500 perlawanan. Tenis merealisasikan banyak impian saya yang tidak pernah saya impikan, dan kini saya sedar sudah tiba masa untuk menamatkan kerjaya saya,” katanya menerusi Twitter.

Federer berkata sejak tiga tahu lalu beliau sering mengalami masalah lutut.

“Saya telah berusaha keras untuk bangkit kembali. Tetapi saya akur terhadap kemampuan badan saya...,” katanya.

Memulakan kerjaya dalam arena tenis profesional pada 1998 dan sejak itu Federer mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain unggul sepanjang zaman.

Ikon Switzerland itu juga memegang rekod merangkul paling banyak gelaran Wimbledon dengan lapan kejuaraan.

“Ini satu keputusan yang pahit, kerana saya akan merindui apa yang saya telah saya lalui sepanjang perlawanan yang disertai. Tetapi pada masa yang sama, banyak juga yang perlu diraikan.

"Akhirnya, kepada sukan tenis: Saya sayang dan tidak akan meninggalkan sukan ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

2

Kisah Kita 10 bulan yang lalu

Sumbangan Pada Luar Waktu Hakiki Jadikan Seseorang Guru Lebih Hebat - M Magendran

3

Kisah Kita 10 bulan yang lalu

Hari Terakhir George Odol Di SK Ulu Ansuan Diiringi Tangisan, Pelukan Murid

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Ahmad Shapawi Tamat Perkhidmatan Di MSN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad