web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Ahmad Shapawi Tamat Perkhidmatan Di MSN

Sukan Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 8:06PM

Berita persaraan Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang dikongsi menerusi Facebook Majlis Sukan Negara hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, bersara wajib secara rasmi hari ini selepas 35 tahun menyumbang bakti dan tenaganya bersama dengan agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu.

MSN, dalam satu hantaran di laman Facebooknya, mengucapkan terima kasih di atas jasa dan dorongan yang diberikan oleh Ahmad Shapawi, 60, sepanjang berbakti sejak tahun 1988. 

"Selamat menempuhi alam persaraan, semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta," menurut hantaran itu.

Ahmad Shapawi, yang menyambut ulang tahun kelahirannya, hari ini, menerajui MSN sejak 2014 menggantikan Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut mengucapkan selamat bersara kepada Ahmad Shapawi, sekali gus menyifatkan beliau adalah pemimpin yang berpengetahuan besar ketika menggalas jawatannya.

"Terima kasih Datuk Ahmad Shapawi kerana banyak berkongsi pengalaman di KBS. Hari ini, MSN kehilangan sumber pengetahuan dan kepimpinan mereka selama ini.

“Happy birthday Datuk Shapawi dan semoga Datuk menikmati kualiti masa persaraan ini bersama Datin, anak-anak dan cucu!

“Saya telahpun berkongsi pandangan peribadi saya tentang persaraan beliau kepada kepimpinan tertinggi Kementerian, semalam. Dengan linangan air mata. Beliau akan terus dirindui,” kata Hannah dalam hantaran di Facebooknya.

Ahmad Shapawi memulakan khidmatnya dengan MSN sebagai Pegawai Belia dan Sukan pada 1988 hingga 1996; Pengarah Bahagian Persediaan Antarabangsa (1996-2005), Pengarah Bahagian Dasar (2005-2007) dan Pengarah Bahagian Atlet (2007-2012).

Beliau kemudian bertukar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN) dari 16 Jun 2012 hingga 16 Jun 2013 sebelum dilantik selaku Pesuruhjaya Sukan dari 17 Jun 2013 hingga 18 Disember 2014. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 bulan yang lalu

Tiada Bukti Kukuh, Jurulatih Para Renang Dibenar Kembali Latih Atlet - MSN

2

Sukan 6 bulan yang lalu

Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

3

Kisah Kita 9 bulan yang lalu

Sumbangan Pada Luar Waktu Hakiki Jadikan Seseorang Guru Lebih Hebat - M Magendran

4

Kisah Kita 9 bulan yang lalu

Hari Terakhir George Odol Di SK Ulu Ansuan Diiringi Tangisan, Pelukan Murid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 8 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Luar Negara 8 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan