web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tiada Bukti Kukuh, Jurulatih Para Renang Dibenar Kembali Latih Atlet - MSN

Sukan Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 4:45PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) memaklumkan dakwaan salah laku seksual membabitkan jurulatih para renang diklasifikasikan sebagai No Further Action (Tiada Tindakan Lanjut) kerana tiada bukti menyokong dakwaan berkenaan.

MSN dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu selepas siasatan teliti dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MSN menerusi Jawatankuasa Salah Laku dan Perlindungan Dalam Sukan (JSPS) pada 26 Mac lalu.

"MSN menerusi JSPS telah menjalankan siasatan teliti termasuk menemubual pelbagai pihak berkaitan.

"Hasil penelitian hasil siasatan, MSN menerusi cadangan diberikan JSPS juga mendapati tiada sebarang asas atau saksi untuk menyokong dakwaan salah laku berkenaan," menurut kenyataan itu.
Justeru, MSN memutuskan jurulatih berkenaan diberikan semula tanggungjawab melatih perenang para negara yang sedang bersiap untuk temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 dalam tempoh terdekat ini.

MSN dalam masa sama menjamin persekitaran selamat kepada semua pihak yang terbabit dalam program latihan kendaliannya dan tidak pernah memandang ringan mana-mana aduan salah laku yang dikemukakan.

"MSN juga memiliki prosedur aduan dan siasatan menyeluruh serta telus, termasuk keutamaan melindungi privasi dan kerahsiaan semua pihak yang terlibat dalam mana-mana siasatan dijalankan.

"Sehubungan itu, MSN berharap semua pihak, termasuk media massa, memahami bahawa kesejahteraan mental dan fizikal atlet-atlet para sentiasa menjadi keutamaan," menurut kenyataan.

Februari lalu, media tempatan melaporkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengesahkan jurulatih para telah disiasat kerana melakukan gangguan seksual terhadap seorang atlet para bawah umur.

Menurut laporan itu, Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin memaklumkan badan induk itu telah membuat laporan polis selepas menerima e-mel berhubung perkara berkenaan daripada Persatuan Renang Para Malaysia (MPSA). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 9 bulan yang lalu

MSN Teliti Pelaksanaan Caruman KWSP, PERKESO Untuk Atlet

2

Sukan 11 bulan yang lalu

Kejayaan Raih 32 Pingat Di Sukan Asia Hangzhou Tutup Mulut Pengkritik  

3

Sukan 11 bulan yang lalu

Ahmad Shapawi Tamat Perkhidmatan Di MSN

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Sekolah Sukan Untuk Pelajar Keperluan Khas Diwujudkan Menjelang 2025

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 6 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang