web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Sekolah Sukan Untuk Pelajar Keperluan Khas Diwujudkan Menjelang 2025

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 8:11PM

Fadhlina (dua, kiri) menyampaikan Anugerah Pendidikan Khas kepada Atlet Para (Renang) Brenda Anellia Larry pada Majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-Milo 2022 di sebuah hotel hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebuah sekolah sukan untuk pelajar berkeperluan khas akan diwujudkan menjelang 2025, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

"KPM (Kementerian Pendidikan) dalam proses memuktamadkan infrastruktur dan jenis sukan yang bakal diperkenalkan kelak dan aspek kejurulatihan," katanya menambah sekolah berkenaan terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Fadhlina berkata sekolah sukan untuk keperluan pelajar pendidikan khas merupakan komitmen KPM untuk terus memastikan sukan dibudayakan dan seiring dengan perkembangan sahsiah diri dan budaya sihat.

 "Pengambilan pelajar untuk setiap kohort juga akan ditentukan mengikut jenis sukan ditawarkan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Anugerah Sukan Kementerian Pendidikan (KPM)-Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)-Milo 2022 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Fadhlina menyampaikan 13 anugerah kepada atlet murid, guru dan pegawai KPM yang cemerlang dalam bidang sukan termasuk Anugerah Emas KPM yang dianugerahkan kepada pelari pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi.

 Dua atlet para renang iaitu Bryan Lau Sze Kai dari Johor dan Brenda Anellia Larry dari Sabah menerima Anugerah Pendidikan Khas, manakala Anugerah Jurulatih Cemerlang diterima oleh Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Perak yang terlibat dalam sukan olahraga.

Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO diperkenalkan sejak 1968 dan merupakan inisiatif untuk meraikan atlet murid dan memberi penghargaan bagi membantu perkembangan holistik murid sekolah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

‘Jaga Nama Baik Negara, Jangan Heret Insiden Sukan Jadi Isu Peribadi’ - Shah Firdaus

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Bonjour! Paris: Perasmian Sukan Olimpik 2024 Unik Dan Luar Biasa

3

Sukan 2 bulan yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Luar Negara 8 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam