web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Peluang Kem Negara Capai Sasaran 40 Emas Hampir Mustahil

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 7:23AM

Muhammad Syafiq Zuber bergambar selepas aksi menentang atlet dari Indonesia Naufal Khairudin Osanando pada acara akhir Kyorugi Lelaki Bawah 80 Kilogram di Sukan SEA 2023 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH -  Peluang kontinjen negara untuk mencapai sasaran 40 pingat emas pada Sukan SEA 2023 secara realistik agak sukar sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirai, Rabu ini (17 Mei).

Biarpun berbaki dua hari lagi, kesemua acara sukan yang dipertandingkan pada temasya kali ini akan berakhir esok bagi memberi laluan kepada upacara penutup pada Rabu.

Selepas berakhir saingan hari ke-10 hari ini, kem negara meraih 30 pingat emas, 42 perak dan 85 gangsa.

Pencapaian keseluruhan pingat itu juga menyaksikan kontinjen negara kekal berada di tempat ketujuh dan pastinya agak mustahil bagi memperbaiki kedudukan apabila Singapura yang berada di tangga keenam sudah mengutip 45 emas, 38 perak dan 57 gangsa.

Kedudukan di tempat ketujuh itu sesuatu yang membimbangkan kerana kontinjen negara sering berada di kedudukan lima teratas pada temasya Sukan SEA.

Malaysia hanya dua kali berada di tempat keenam iaitu pada edisi 1983 di Singapura dan Hanoi, Vietnam tahun lepas.

Pada saingan semalam, kem taekwondo muncul penyelamat apabila menyumbangkan emas tunggal buat kontinjen negara pada hari ke-10 temasya, menerusi Muhammad Syafiq Zuber dalam kategori kyorugi lelaki bawah 80 kilogram (kg) sekali gus menghadiahkan pingat emas ke-30 Malaysia.

Esok, peluang kem negara bagi menambah pingat emas tertumpu kepada hoki yang menyaksikan kedua-dua pasukan lelaki dan wanita akan membuat perhitungan di final, acara sepak takraw antara regu, ping pong dan badminton.

Selain itu, Malaysia kini mengharapkan acara sukan lain yang bukan menjadi lubuk emas negara seperti dance sport, perlumbaan bot tradisional dan kick boxing dapat mencipta kejutan bagi menyumbangkan pingat emas kepada kem negara, esok.

Selepas tamat saingan hari ke-10, Vietnam hampir pasti muncul juara keseluruhan apabila mengutip 123 emas, 100 perak dan 97 gangsa, diikuti Thailand 94-76-93, manakala Indonesia di tempat ketiga dengan 74-66-92. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

2

Pendidikan 11 bulan yang lalu

SPM 2023: Ujian Amali Sains Pada 5 Hingga 7 Disember Ini

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia