web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 8:36PM

Jefri Ngadirin (tiga dari kiri) mengakui bahawa, kontinjen Malaysia kehilangan 22 pingat emas yang disasarkan daripada sembilan jenis sukan atas beberapa faktor - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan atlet naturalisasi dan gangguan seksual dalam skuad berbasikal merupakan antara sebab sasaran 40 pingat emas pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini, gagal dicapai.

Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin mengakui bahawa, kontinjen Malaysia kehilangan 22 pingat emas yang disasarkan daripada sembilan jenis sukan atas beberapa faktor.

Antaranya ialah sukan kriket lelaki yang terpaksa berpuas hati dengan tiga perak walaupun berada pada keadaan terbaik dan ranking nombor satu Asia Tenggara untuk meraih emas, serta judo yang berpotensi membawa pulang sebutir emas.

Namun, beliau berkata kehadiran 13 pemain naturalisasi dari India dan Pakistan dalam skuad kriket Kemboja menafikan tiga emas bagi Malaysia, begitu juga dengan judo di mana tuan rumah membawa pemain kelahiran dari Jepun.

“Atlet naturalisasi ini memang perkara yang dibenarkan oleh Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), tiada halangan. Bagaimanapun kita berharap pada masa hadapan, kita dapat merangka program dan strategi yang lebih baik,” katanya pada sidang media Rangkuman Prestasi Sukan SEA Kemboja di sini, hari ini.

Jefri berkata insiden dakwaan gangguan seksual oleh jurulatih terhadap seorang pelumba berbasikal bukit (MTB) wanita pada Mac lepas, turut memberikan impak terhadap pasukan yang tidak mampu menepati sasaran mempertahankan emas acara cross country berpasukan campuran, malah terlepas podium.

“Walaupun kita dah selesaikan isu itu, namun impak daripada insiden tersebut telah memberikan kesan secara tidak langsung kepada prestasi pasukan semasa di Sukan SEA, di mana tidak dapat buat persiapan dengan baik, manakala seorang atlet telah alami kecederaan semasa pertandingan,” katanya.

Kesilapan taktikal pula menjadi punca skuad hoki dalam dewan lelaki dan jiujitsu terlepas emas, manakala persiapan rapi Indonesia menyebabkan kem sepak takraw negara hilang emas regu (doubles) lelaki.

Bagi kem badminton yang menyasarkan satu emas, Jefri berkata jurang ranking yang tinggi di antara pemain pelapis Malaysia dan Indonesia sangat tinggi, walaupun ada beberapa pemain telah memberikan cabaran sengit.

Kebergantungan terhadap atlet senior dan penggunaan atlet yang sama untuk beberapa acara, menjadi punca kegagalan renang yang hanya menang satu daripada tiga emas disasarkan, manakala peraturan daripada muay ke kun khmer (sukan tradisi Kemboja), mengakibatkan kegagalan meraih emas sukan tempur itu.

Bagaimanapun, sukan tempur seperti silat, karate, kick boxing, dan taekwondo, serta terjun mempamerkan prestasi baik untuk memberikan emas bonus.

Sementara itu, Ketua Kontinjen (CDM) negara Datuk Nasir Ali meminta semua pihak supaya tidak memandang rendah pencapaian kontinjen negara, walaupun gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Kita harus sedar bahawa 34 pingat emas itu hadir dengan kemenangan bermaruah. Kita perlu melihat prestasi kita di Sukan Sea Kemboja dari dua sudut, pertama kuantitatif iaitu sasaran pingat itu sendiri dan juga kualitatif iaitu kita dapat mencungkil bakat baharu.

“Pencapaian ini menjadi ‘wake up call’ untuk semua. Kita perlu membuka mata di manakah tahap sukan kita ketika ini,” katanya sambil menambah trend pencapaian kontinjen negara semenangnya menunjukkan penurunan sejak edisi Kuala Lumpur 2017.

Pada edisi KL 2017, Malaysia muncul juara keseluruhan dengan 145 pingat emas. Namun, ia berkurang kepada 56 di edisi 2019 Filipina, 39 di edisi 2021 Vietnam dan kini turun kepada 34 di Kemboja. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 46 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah