web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


ASIAD: Karate Teruskan Kutipan Pingat Kontinjen Malaysia

Sukan Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 8:08AM

Trio Kata negara Nathalia Sherawinnie Anak Yampil, Naccy Nelly Evvaferra Rojin dan Lovelly Anne Robberth ketika beraksi dalam acara akhir Kata Berpasukan Wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Pusat Sukan Gymnasium Linping, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Kem karate negara mengambil alih perhatian di penghujung temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, apabila menambah kutipan pingat kontinjen Malaysia yang sudah pun melepasi sasaran ditetapkan, dengan meraih perak dalam acara kata berpasukan wanita, semalam.

Pada hari kedua saingan sukan itu di Gimnasium Pusat Sukan Linping, pingat perak yang diraih trio Naccy Nelly Evvaferra Rojin, Niathalia Sherawinnie Yampil dan Lovelly Anne Robberth itu adalah pingat ke-29 negara.

Trio negara yang dikatakan mampu mencipta kejutan menyumbang emas, terpaksa akur kepada kehebatan pemenang perak Kejohanan Karate Asia 2023 dan pemenang emas Sukan SEA 2023 dari Vietnam, yang terdiri daripada Nguyen Thi Phuong, Nguyen Ngoc Tram dan Luu Thi Thu Uyen.

Dengan dua pingat perak sudah diraih termasuk satu menerusi kata individu wanita semalam, kem karate berpeluang terus mencuri perhatian hari ini, apabila pemenang gangsa edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia, S. Prem Kumar turun beraksi dalam acara kumite individu lelaki bawah 67 kilogram (kg).

Tumpuan hari ini turut terarah kepada regu lelaki negara yang akan turun mempertahankan emas antara regu, yang dimenangi pada edisi lalu, namun berdepan halangan setinggi gunung apabila akan bertemu kuasa besar sukan sepak takraw, Thailand di pentas final di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua.

Pertembungan hari ini bukan sahaja memberi peluang kepada skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun menghadiahkan emas, malah menebus kekecewaan selepas tewas di tangan Thailand pada final acara regu berpasukan lelaki minggu lalu.

Sementara itu, di Gimnasium Huanglong, atlet gimrama, Ng Joe Ee yang membuat penampilan pertamanya di Sukan Asia, berjaya menampilkan aksi memberangsangkan pada pusingan kelayakan untuk melangkah ke final individu all-around.

Di Gimnasium Binjiang pula, perjuangan beregu lelaki utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terhenti di peringkat separuh akhir, selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan, India Satwik Sairaj Rankireddy-Chirag Chandrashekhar yang melakar kemenangan 21-17, 21-12.

Bagaimanapun, kegagalan itu tetap dibayar dengan gangsa, sekali gus menyaksikan Malaysia sekurang-kurangnya akan membawa pulang 31 pingat termasuk satu daripada sepak takraw menerusi acara regu lelaki.

Kilaun gangsa itu juga memperbaiki pencapaian skuad badminton negara yang gagal membawa pulang sebarang pingat pada edisi lalu.

Dalam pada itu, hasrat kem ekuestrian untuk menambah kilauan pingat tidak kesampaian, selepas S. Nageswaran bersama kudanya Wanskjaer Cuneo, menamatkan final acara lompatan individu di tempat ke-12 di Pusat Ekuestrian Tonglu.

Hari ini, skuad hoki wanita akan menutup kempen di Sukan Asia dengan membuat perhitungan menentang Thailand, pada perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam di Stadium Gonshu Canal Sports Park, selain pasukan jiu-jitsu dan xiangqi akan terus mengibar cabaran Malaysia.

Setakat malam tadi, Malaysia berada di kedudukan ke-14 selepas mengumpul lima emas, tujuh perak dan 17 gangsa (29 pingat), manakala China teratas dengan kutipan 187-104-62, diikuti Jepun di tempat kedua (47-57-62) dan Korea Selatan ketiga (36-49-84). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 23 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 7 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Luar Negara 7 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan