web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


KWSP, PERKESO Untuk Atlet: ‘Sudah Bertahun Kami Minta, Terima Kasih Banyak-Banyak YB’ 

Sukan Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 7:59PM

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun menerima kritikan kerana dianggap gagal menyerlahkan prestasi kontinjen negara di Sukan Asia Hangzhou 2022 September lalu, hakikatnya nama dan jasa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tetap dekat di hati atlet. 

Terbaru, Ahli Parlimen Segambut itu menerima penghargaan dizahirkan Ratu Terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, susulan kelulusan diberikan lembaga pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mengkaji semula skim elaun atlet kebangsaan.

Hannah dipetik sebagai berkata, kementerian akan melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ke atas atlet, mulai Januari tahun depan.

"Pihak MSN sedang meneliti pelaksanaan caruman KWSP dan Perkeso untuk semua atlet di bawah program Podium mulai Januari 2024,” katanya pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Menurut Pandelela, aspek tersebut sudah disuarakan sejak sekian lama, namun tidak pernah menerima perhatian sewajarnya.

“Selepas bertahun-tahun minta, akhirnya YB @hannahyeoh dapat melakukannya untuk atlet-atlet di bawah MSN. Terima kasih banyak-banyak kerana menjaga kebajikan kami,” katanya menerusi ciapan di X.

Beliau berkata, ramai yang tidak tahu bahawa jumlah elaun diterima atlet bukan sahaja tidak tetap, bahkan turut tertakluk kepada cukai.

“Sejujurnya, dah lama pendam dari orang ramai yang elaun atlet yang tak tetap selama ini dah lah tak ada KWSP dan PERKESO, elaun yang diterima juga 100% dicukaikan, itu pun bagi yang peka tentang pengisytiharan cukai,” keluhnya.

Ciapan Pandelela itu menerima pelbagai respon, termasuk rasa ‘terkejut’ netizen apabila diberitahu, tiada sebarang ‘perlindungan’ diberikan ke atas atlet negara selama ini.

Majoriti meluahkan rasa kesal atas kegagalan barisan menteri terdahulu menjaga kebajikan dan masa depan atlet.

“Menteri- menteri KBS sebelum ni semua buat apa,” soal @LionKing__ dengan berang.

Sentimen sama diluahkan Isa yang menggunakan handle @isanasir238.

“What the hell? Tak pernah ada?!” katanya, terkejut.

Sementara itu, pengumuman dibuat Hannah Yeoh tersebut turut menerima penghargaan bekas gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi.

“This is such an amazing move forward in regards to Athletes welfare and future. (Ini ialah perkembangan yang amat memberangsangkan untuk kebajikan atlet di masa depan).

“Thank you YB @hannahyeoh and the whole team for making this happen (terima kasih YB @hannahyeoh dan seluruh pasukan kerana menjadikan ia kenyataan,” katanya. - Getaran, 22 November 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 22 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Luar Negara 6 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang