web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laporan Bedah Siasat Isu SNBJ Akan Diguna Untuk Tambah Baik, Tidak Didedah Kepada Umum

Sukan Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 1:28PM

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika bercakap kepada pemberita. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seperti dijanjikan, laporan bedah siasat (post-mortem) berhubung isu padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dikritik banyak pihak ketika menjadi hos kepada perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC pada 8 Disember lalu, sudah pun disiapkan.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata laporan tersebut tidak akan didedahkan kepada umum.

Beliau berkata, sebaliknya laporan tersebut hanya akan dibentangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang dijadualkan berlangsung pada awal Januari.

"Laporan 'post-mortem' telah selesai di peringkat kementerian pada minggu lepas seperti dijanjikan. Cumanya laporan itu perlu dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah dulu dengan mesyuarat tersebut diijadualkan berlangsung awal Januari.

"Laporan itu tidak akan didedahkan kepada umum sebaliknya hanya untuk tatapan Ahli Lembaga Pengarah. Sebabnya laporan tersebut adalah satu bentuk 'internal inquiry' yang kita jalankan.

"Maka laporan itu akan diteliti untuk dilakukan penambah baikan supaya apa yang terjadi, dapat dielakkan daripada berlaku lagi pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita di sini, hari ini.

Isu berkaitan keadaan padang SNBJ sebelum ini hangat diperkatakan apabila kondisinya gagal berada pada tahap terbaik ketika menjadi venue final Piala Malaysia setelah lokasi tersebut terlebih dulu dijadikan tapak konsert Coldplay pada 22 November lalu.

Menyedari hakikat itu, PSM akhirnya tampil membuat permohonan maaf dan mengakui tidak mempunyai masa mencukupi bagi membaiki serta mengembalikan padang ke tahap optimum menjelang final Piala Malaysia.

Diminta mengulas keputusan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk kekal menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Hannah berkata, sekarang adalah masa untuk semua pihak fokus bekerja ketika Sukan Olimpik Paris 2024 hanya tinggal beberapa bulan saja lagi untuk berlangsung. 

"Dengan keputusan itu yang dibuat bersama BAM, kita sudah boleh fokus kepada perancangan Road To Gold (RTG) tahun depan.

“Kita hanya ada tempoh beberapa bulan saja lagi untuk ke Olimpik dan semua pihak mesti fokus terhadap usaha meraih kejayaan.

“Ketika ini atlet-atlet badminton sedang fokus untuk layak ke Olimpik dan kita mahu beri penekanan terhadap perkara itu. Saya mahu semua pihak memberi fokus terhadap Olimpik terutamanya para atlet," katanya.

Terdahulu, Hannah menyempurnakan Majlis Penyerahan Pusat Skuasy Negeri Kedah di Jalan Suka Menanti dekat sini, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melawat gelanggang skuasy di Pusat Skuasy Negeri Kedah. - gambar Rafisqi Radhi
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melawat gelanggang skuasy di Pusat Skuasy Negeri Kedah. - gambar Rafisqi Radhi

Pusat skuasy itu menelan belanja banyak RM10.8 juta dan siap sepenuhnya pada 20 Ogos lalu.

Idea penubuhannya datang daripada kerajaan negeri yang mengemukakan permohonan kepada KBS pada 2016.

Ia mempunyai empat gelanggang berhawa dingin serta empat gelanggang berkipas. – Getaran, 18 Disember 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah