web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masalah Gigi Sensitif, Apa Perlu Anda Lakukan?

Kenal pasti punca dan kembalikan semula kenikmatan gigi yang sihat dan bebas sensitiviti!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 2:19PM

Gambar: Karolina Grabowska, Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi mereka yang mempunyai masalah gigi sensitif, mereka bukan sahaja berhadapan dengan ketidakselesaan, malah mereka juga terpaksa berwaspada sewaktu makan dan minum.

Pengambilan makanan dan minuman yang tidak sesuai boleh menyebabkan rasa tajam dan ngilu pada gigi penghidap masalah gigi sensitif.

Perkara yang dianggap normal seperti menikmati secawan teh atau aiskrim, boleh bertukar menjadi pengalaman yang sangat tidak menyenangkan.

Ini menyebabkan mereka tidak dapat merasai nikmat kehidupan yang sepenuhnya. 

Namun dunia masih belum berakhir, setiap individu termasuk mereka yang menghidapi masalah gigi sensitif boleh mengatasi permasalahan ini. 

Pengurus GSK Consumer Healthcare Malaysia (GSK), Bryan Wong berkata, “Kami memahami ketidakselesaan yang dialami kerana gigi sensitif boleh menghalang kita daripada menikmati kehidupan.

“Ketika Malaysia mulai kembali normal pada era pasca pandemik ini, kami menyasarkan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengutamakan penjagaan mulut.

“Tidak kira sama ada mereka sedang mencuba atau merasai makanan, mereka tidak perlu bimbang tentang masalah oral ini. Lagipun, hidup terlalu singkat untuk gigi sensitif,” ujar Wong.

Kajian yang dijalankan GSK tentang tabiat penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan warga Malaysia mendapati terdapat pengurangan kunjungan ke klinik gigi semasa pandemik.

Ia turut menjadi punca utama perubahan tabiat penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan penduduk di Asia Tenggara.

Selain itu, kajian Kuantitatif Asia Tenggara dan Taiwan (SEAT) turut mendedahkan sekurang-kurangnya 7 daripada 10 rakyat Malaysia menghidapi masalah gigi sensitif.

Dalam kalangan rakyat Malaysia itu, hanya 39% menyedari masalah gigi sensitif yang mereka hadapi, sementara 32% mengalami gejala masalah gigi sensitif tetapi tidak menyedarinya.

Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan rasa tajam dan ngilu pada gigi mereka yang menghidapi masalah gigi sensitif.

Menurut SEAT, ramai penghidap masalah gigi sensitif mengalami ketidakselesaan pada gigi mereka semasa mereka memberus gigi (38%).

Mereka turut mengenal pastinya melalui makanan yang terperangkap di antara gusi (33%) dan gigi palsu (33%) serta mengambil minuman manis (31%), masam (29%) dan makanan pedas (15%).

Namun, peratusan paling tinggi semasa mereka meminum minuman yang sejuk (58%).

Tambah Wong, “Selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rakyat Malaysia digesa agar mengutamakan amalan penjagaan dan kesihatan mulut masing-masing.

“Masyarakat turut disarankan untuk mempelajari cara-cara mengenal pasti dan menangani masalah gigi sensitif yang tidak diingini,” jelasnya.

Oleh itu, dalam usaha meningkatkan kesedaran masalah gigi sensitif ini, Sensodyne melancarkan kempen #ReclaimLifeSmallPleasures dengan pelbagai kandungan hiburan dan pendidikan.

Kempen ini melibatkan golongan profesional dalam bidang kesihatan gigi, pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial menerusi platform digital dan fizikal.

Sampel ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair juga boleh didapati di hampir 1000 klinik pergigian terpilih di seluruh negara.

Ubat gigi khusus untuk masalah gigi sensitif ini menggunakan teknologi NovaMin yang menembusi jauh ke dalam gigi bagi membaiki punca gigi sensitif.

Ia turut membentuk lapisan perlindungan yang terbukti secara klinikal dapat melegakan masalah gigi sensitif, di samping menjaga kesihatan gusi dan gigi.

Malah, ubat gigi ini turut mengandungi fluorida yang membantu menguatkan enamel dan memberikan perlindungan harian untuk gigi sensitif. 

Sensodyne Repair & Protect Deep Repair boleh didapati di farmasi, klinik pergigian, kedai runcit, pasar mini dan pasar raya di seluruh Malaysia. 

Layari Sensodyne Malaysia untuk maklumat lanjut. - Getaran, 19 Februari 2022

Gambar: Sensodyne Malaysia

Isu Pada

Jaclyn Victor - Mekar Melakar Masa Depan

19 Feb 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara