web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Korset Jovian, Wanita ‘Plus Size’ Pun Boleh Pakai!

Lantik lima selebriti terkenal menjadi wajah rasmi, Datuk Jovian Mandagie lancarkan ‘Wonder Suit’, korset sesuai untuk semua jenis bentuk badan wanita Malaysia.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 9:40AM

Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Ifa Raziah - Gambar ihsan Jovian

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berani bereksperimentasi, Jovian meraikan keajaiban tubuh wanita dengan pelancaran Wonder Suit, korset pertama keluarannya yang sesuai untuk semua jenis bentuk badan wanita.

Sempena pelancaran korset istimewa ini juga, Jovian telah bekerjasama dengan lima bintang terkenal tempatan untuk menjadi wajah rasmi Wonder Suit. 

Mewakili wanita-wanita Malaysia, mereka ialah Ifa Raziah, Ning Baizura, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad dan Dolla.

Dolla
Dolla

Pengasas dan pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie berkata, dia sering mendengar keluhan para wanita dan ‘Jovianista’ tentang masalah yang mereka hadapi berkenaan dengan figura mereka.

“Korset ini direka untuk ‘membentuk’ badan wanita. Ia bukan sahaja mengempiskan perut dan mencipta siluet, malah menawarkan keselesaan dan sokongan untuk pemakaian sepanjang hari.

“Tidak perlu risau ruam, kelebihan utama korset ini ialah keselesaan. Ia membantu wanita ke arah gaya hidup yang sihat dengan pengawalan pemakanan semasa memakainya,” ujar Jovian.

Ning Baizura
Ning Baizura

Direka khas dari saiz S hingga 3XL, Wonder Suit diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dan dijamin menawarkan kebebasan pergerakan yang maksimum.

“Korset shape memory ini merupakan yang pertama keluaran kami. Ia mempunyai ketahanan terhadap mampatan pinggang dan mampu disesuaikan dengan bentuk badan asal anda.

“Korset ini juga dilengkapi dengan tali pinggang boleh tanggal yang mencengkam bahagian pinggang untuk membantu menghasilkan bentuk badan yang diidamkan,” tambah Jovian lagi.

Sherry Alhadad
Sherry Alhadad

Menariknya, Jovian turut mendakwa korsetnya ini menawarkan kebaikan kesihatan seperti mengurangkan sakit belakang, peredaran darah yang lebih baik dan menghilangkan keletihan.

“Ia turut mempunyai tiga baris cangkuk boleh laras untuk pemakaian selamat dan enam panel tulang fleksibel ikatan pinggang yang mampu membantu anda mencapai postur tubuh yang ideal.

“Hadir dalam warna beige, korset wanita serba boleh ini berharga RM149 sehelai,” katanya.

Rozita Che Wan
Rozita Che Wan

Wonder Suit boleh dibeli melalui Instagram selebriti-selebriti yang terlibat dan di semua JStore, Jovian Pop Up Booth serta Shopee bermula 1 September 2022. – Getaran, 21 Ogos 2022

Ifa Raziah
Ifa Raziah

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 bulan yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

2

Muzik 3 bulan yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

‘Istiqamah Itu Senang, Hidayah Tak Perlu Tunggu, Kena Cari’ - Che Ta

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kami Mohon Maaf, Insiden Itu Berlaku Tanpa Pengetahuan Pihak StarVendors – Ifa Raziah Ulas Isu Video Tidak Sopan Yang Viral 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara