web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kami Mohon Maaf, Insiden Itu Berlaku Tanpa Pengetahuan Pihak StarVendors – Ifa Raziah Ulas Isu Video Tidak Sopan Yang Viral 

Menurut Ifa Raziah lagi, pihaknya akan mengambil perhatian sewajarnya atas aduan ini dan komited untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 2:00PM

Pihak Ifa Raziah akan mengambil perhatian sewajarnya atas aduan ini dan komited untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan. - Gambar StarVendors Foodstival

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti serba-boleh yang kini bergelar penganjur acara festival belah-belah, Ifa Raziah memohon maaf terhadap rakaman video tidak sopan di acara StarVendors Foodstival di Melaka yang viral baru-baru ini. 

“Kami telah dihubungi pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) susulan aduan orang awam kepada pihak JAIM berkaitan tarian tidak sopan dan menjolok mata dalam segmen konsert yang merupakan salah satu acara di StarVendors Foodstival Melaka 2023.

“Kami telah menjelaskan kepada pihak JAIM bagaimana insiden ini telah terjadi. Insiden tersebut juga adalah tidak disengajakan dan ia berlaku tanpa pengetahuan pihak Starvendors.

“Segala gerak tari oleh pelaku di atas pentas adalah di luar kawalan kami. Untuk pengetahuan, mereka tiada kaitan mahupun mewakili syarikat kami.

“Oleh itu dengan rasa rendah diri, kami ingin memohon secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia khususnya, diatas kekhilafan yang berlaku,” kata Ifa Raziah yang juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Event Sdn Bhd. 

Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah binti Mustapha berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar yang dikongsi bersama pihak media. 

Video yang menjadi viral di acara StarVendors Foodstival di Melaka itu menunjukkan perlakuan tidak senonoh usahawan produk Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM apabila membawakan lagu dan tarian dangdut bersama dua orang pengiring yang turut menyanyi dan menari.

Menurut Ifa Raziah lagi, pihaknya akan mengambil perhatian sewajarnya atas aduan ini dan komited untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan. 

“Kami sangat berterima kasih di atas teguran yang berikan kepada kami. Ianya sebuah teguran yang sangat baik untuk kami ambil perhatian. 

“Sesungguhnya kami amat menyesali apa yang telah berlaku dan sekali lagi kami memohon maaf  kepada semua pihak yang terkesan dengan isu ini,” jelasnya.  – Getaran, 31 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Memang Suka 'Content' Yang Bangang – Ifa Raziah Komen Pasal Isu Tarian Gelek Dengan Aliff Syukri 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Ucap Terima Kasih Pengunjung Beri Sokongan Starvendors 2023

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 Mahu Cipta Rekod Festival Raya 100 Jam Tanpa Henti

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

'Saya Ibarat Badut Sarkas Di Terpaling Juara' – Ifa Raziah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara