web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Ucap Terima Kasih Pengunjung Beri Sokongan Starvendors 2023

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 7:00AM

Anwar Ibrahim meluangkan masa berkunjung ke Setel Raya Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 (Starvendors 2023) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejurus pulang dari lawatan ke Terengganu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa berkunjung ke Setel Raya Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 (Starvendors 2023) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam tadi.

Perdana Menteri yang tiba pukul 11 malam disambut Pengarah Urusan dan Pengasas Starvendors Event Sdn Bhd Datuk Ifa Raziah.

Beliau kemudiannya merasmikan festival yang akan berlangsung selama 100 jam tanpa henti bermula dari 13 hingga 17 April.

Anwar merakamkan ucapan terima kasih kepada pengunjung atas sokongan yang diberikan kepada peniaga dan artis tempatan pada festival jualan tersebut serta menyifatkan ia sebagai satu perkembangan baik kepada negara.

Pemimpin nombor satu negara itu sempat berlawak dengan pengunjung apabila mereka bertanyakan tarikh sambutan Aidilfitri.

“Ramai tanya saya bila raya…Raya pada 1 Syawal...insya-Allah beberapa hari lagi puasa Ramadan akan selesai,” katanya secara ringkas di hadapan ribuan pengunjung. 

Kehadiran beliau selama sejam di festival itu menarik perhatian ramai pengunjung. Anwar turut berbual dengan peniaga dan sempat beramah mesra dengan pengunjung yang hadir termasuk memberi peluang kepada mereka untuk berswafoto.

Festival yang menampilkan lebih 600 tapak pameran terdiri daripada vendor yang menjual pelbagai produk termasuk makanan, pakaian, emas, biskut raya dan peralatan rumah itu menyasarkan lebih tiga juta pengunjung pada tahun ini.

Starvendors 2023 lebih meriah dengan penglibatan lebih 100 artis tanah air yang turut sama membuka tapak pameran dan menjual produk keluaran mereka, antaranya Ramlah Ram, Noraniza Idris, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Elyana, Achey Bocey, Nadia Brian, Nana Mahazan, Izara Aishah, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Sharifah Rose dan ramai lagi.

Starvendors 2023 dijangka memecahkan rekod Guinness World Records dengan penganjuran acara 100 jam tanpa henti kali ini.

Pada tahun lepas, Starvendors telah mengumpulkan lebih 350 usahawan dan 50 selebriti, dan menerima seramai 2.6 juta pengunjung sekali gus mencipta rekod sebagai “Festival Raya Terpanjang Tanpa Henti” dalam The Malaysia Book of Records dengan pameran raya selama 75 jam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 bulan yang lalu

KLFW Kembali Untuk Tahun Ke-12, Kali Ini Di KLCC 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

3

Selebriti 5 bulan yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Filem & TV 5 bulan yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah