web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 Mahu Cipta Rekod Festival Raya 100 Jam Tanpa Henti

Selain penglibatan 100 artis terkemuka dan usahawan yang terkenal, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 juga turut menawarkan sebiji Kereta Mitsubishi Xpander untuk dimenangi pengunjung.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 11:00AM

Saripah Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama beli belah terbesar negara, Starvendors kembali memeriahkan sambutan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi menerusi penganjuran Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLConvec) bermula 13 hingga 17 April ini.

Menariknya, setelah mencipta rekod di Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ‘Longest Non-Stop Festival’ selama 75 jam tanpa henti, Starvendors akan mencatat nama pula di ‘Guinness World Book’ untuk memecahkan rekod dunia bagi Festival Raya 100 jam tanpa henti!

Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd, Datuk Saripah Raziah atau Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.

“Tahun lepas menandakan satu kejayaan untuk Starvendors kerana dapat melaksanakan ‘road tour’ seperti yang di rancang ke Kedah dan Perak. Justeru untuk tahun 2023, Starvendors akan menjelajah di beberapa lokasi dalam Negara termasuk Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Langkawi, Sabah, termasuk Kuala Lumpur, event terbesar kami.

“Starvendors akan melaksanakan lebih 10 acara tahunan yang bulan Mac. Antara yang telah dilaksanakan adalah Starvendors Foodstival X Nusantara Music Festival, initiative bersama Tourism Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang yang telah dijalankan pada 3 hingga 5 Mac 2023. Acara ini melibatkan usaha sama 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

“Seterusnya, kami sungguh berbesar hati menjadi pilihan eksklusif oleh pihak Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convec) untuk mengadakan Festival Raya tahun ini,” kata artis versatil ini.

Berkongsi lanjut, Ifa berkata, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 menambah masa operasi dari 75 jam ke 100 jam tanpa henti sekali gus akan memberi peluang pada orang ramai untuk membeli belah tidak kira waktu.

“Starvendors Mega Raya Fest 2023 akan bermula dari jam 9 malam pada 13 April dan terus sehingga 12 tengah malam pada 17 April nanti. Kita tak tutup ‘booth’, kalau datang untuk membeli-belah jam tiga pagi pun masih berjalan seperti biasa,” jelasnya lagi.

Festival ini akan menampilkan lebih ramai vendor baru dan lama dengan jualan berbagai produk persiapan raya disamping produk-produk tempatan dan bumiputra yang lain termasuk rangkaian emas.

Selain dari memberi peluang pada usahawan tempatan, Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 bakal menyaksikan pembabitan 100 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri.

Antaranya, Datuk Sri Siti Nurhaliza, Datuk Sri Vida, Dato Sri Aliff Syukri, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Fazura, Fattah Amin, Dato Jovian Mandagie, Achey Bocey, Nadia Brian, Nana Mahazan, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Sharifah Rose dan ramai lagi.

“Seramai 100 artis turut bergabung bersama kita selama 100 jam ini termasuk juga vendor usahawan dari seluruh tanah air.

“Selain itu, 100 pengunjung terawal dapat ‘sakau’ duit raya dan goodies bag bernilai RM111,111. Kita juga mengharapkan pengunjung boleh datang beramai-ramai dari seluruh Malaysia termasuk pengunjung dari Brunei, Singapura dan Indonesia untuk membeli-belah di Starvendors Mega Raya Fest ini.

“Selain artis, usahawan terkenal juga turut bersama kita. Kita ada rakan penaja sepanjang acara ini berlangsung antaranya Pengangkutan Rasmi Starvendors iaitu Mitsubishi Motors Malaysia dan Lofty Ambition Sdn Bhd. Mitsubishi juga menyediakan dua buah kereta eksklusif untuk Starvendors membuat roving selama setahun.

“Tidak dilupakan sebiji kereta Xpander sebagai cabutan bertuah Shop and Win tahun ini dengan setiap perbelanjaan minima RM50  juga tidak ketinggalan rakan media iaitu TikTok Shop yang akan menyediakan platform “Live” untuk usahawan dan juga mempromosikan acara ini di media sosial,” terangnya lagi.

Mengenai pengisian Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023, Ifa berkata acara kemuncak bakal dihadiri Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Hari kelima adalah hari kemuncak, di mana pada jam 10 atau 11 malam kita menjemput Perdana Menteri untuk merasmikan malam kemuncak dan kita juga akan jemput beliau untuk membuat cabutan bertuah hadiah utama yang kita anjurkan. Kita juga akan bersama dengan Perdana Menteri dalam satu sesi lawatan bagi usahawan yang berniaga sepanjang malam itu.

“Kita juga akan mengadakan konsert bersama selebriti terbabit pada malam kemuncak itu. Dalam perancangan juga, kita mahu buat takbir raya bersama Perdana Menteri sekiranya ia diluluskan. Jika tidak diluluskan mungkin kami akan buat sendiri satu rakaman takbir raya khusus untuk Starvendors.

“Selebriti yang kita bawa juga dari pelbagai generasi. Dari selebriti senior hingga yang baru atau BBNU termasuklah influencers. Saya percaya setiap artis ini ada peminat mereka baik yang penyanyi atau pelakon.

“Apabila kita buat acara ini sudah pasti semua orang akan melepaskan dendam masing-masing untuk membeli-belah bersama keluarga kerana tahun ini adalah tahun semua orang bersama-sama.

“Harapan saya, ia boleh melebihi rekod kita pada 2022 dengan jangkaan lebih tiga juta pengunjung selama 100 jam itu. a bersesuaian dengan tagline Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 iaitu Lebih Havoc, Lebih Meriah , Starvendors pasti Mega!,” katanya. - Getaran, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kami Mohon Maaf, Insiden Itu Berlaku Tanpa Pengetahuan Pihak StarVendors – Ifa Raziah Ulas Isu Video Tidak Sopan Yang Viral 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Memang Suka 'Content' Yang Bangang – Ifa Raziah Komen Pasal Isu Tarian Gelek Dengan Aliff Syukri 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Ucap Terima Kasih Pengunjung Beri Sokongan Starvendors 2023

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

'Saya Ibarat Badut Sarkas Di Terpaling Juara' – Ifa Raziah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 23 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN