web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salam Dari Maya 2.0 Tampilkan Persembahan Artis 80-an Dan 90-an, Atas Permintaan Peminat Muzik Tanah Air

Salam Dari Maya 2.0 menampilkan gandingan Bagio dan Rahmad Mega, Ramlah Ram dan Amelina, Amy Mastura dan Raja Ema, Ameng dan Jay Jay serta Muss dan Ruhil Amani.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 8:28PM

Rahmad Mega, Amy Mastura, Muss

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun zaman berubah dan corak muzik masa kini juga sudah tidak sama seperti dahulu, namun lagu-lagu lagu-lagu dendangan penyanyi-penyanyi era 80-an dan 90-an masih tetap menjadi pilihan kita semua.

Kita mungkin terbelenggu dengan nostalgia kala membesar dengan mereka dan himpunan lagu-lagu mereka yang sehingga kini tak pernah lapuk atau bosan didengar. 

Namun, apa yang pasti, kita tidak dapat menafikan bahawa lagu-lagu mereka mempunyai impak dan kehebatan yang tersendiri dari sudut melodi dan lirik, begitu juga dengan nyanyian sehingga ia memberikan kesan yang cukup membekas di ingatan. 

Bahkan, anak-anak muda generasi yang terbaharu juga turut mempunyai apresiasi yang tinggi terhadap lagu-lagu mereka ini; dan sering memutar, mendengar atau menyanyikannya. 

Jay Jay
Jay Jay

Ini dapat dibuktikan apabila wujudnya program berbentuk showcase secara virtual, 'Salam Dari Maya' apabila menampilkan gandingan penyanyi seperti Datuk Jamal Abdillah dan anaknya, Yamani, Ziana Zain dan Liza Hanim, Datuk Nora dan Siti Nordiana, Zamani dan Amir U.K’s serta Tomok dan Black pada tahun 2020.

Sebaik sahaja program ini ke udara menerusi platform Muzik Dari Rumah, ramai peminat hiburan tanah air yang meminta supaya ia diteruskan lagi dengan menyertakan pelbagai nama penyanyi-penyanyi daripada era 80-an dan 90-an. 

Tahun ini, 'Salam Dari Maya 2.0' kembali dengan mengetengahkan seratus-peratus barisan artis dari era 80-an dan 90-an menerusi gandingan Bagio dan Rahmad Mega, Ramlah Ram dan Amelina, Amy Mastura dan Raja Ema, Ameng dan Jay Jay serta Muss dan Ruhil Amani. 

Bagio berkata, dia sama sekali tidak menyangka wujudnya program seperti ini dan cukup seronok apabila digandingkan bersama dengan Rahmad Mega. 

Bagio
Bagio

“Kebetulan saya dan Rahmad, masing-masing naik bersama dalam industri pada awal 90-an. Saya bersama kumpulan Damasutra dan Rahmad pula dengan Mega. 

“Kami dah berkawan lama tetapi tidak pernah disatukan dalam program yang sama. Apatah lagi berduet bersama dalam sebuah lagu,” katanya. 

Amelina pula memberitahu, dia teruja apabila diberitahu akan bergandingan dengan Ramlah Ram yang merupakan idolanya sebelum bergelar penyanyi. 

“Sewaktu mengidolakan dia, saya sentiasa mengikuti perkembangan kerjaya nyanyiannya. Bila menjadi penyanyi rakaman, saya berpeluang untuk beraksi satu pentas dengannya.

“Tapi, disatukan dalam program yang sama, tidak pernah lagi. Jadi, inilah kali pertama kami digandingkan bersama dalam Salam Dari Maya 2.0 dan berduet bersama,” katanya. 

Ramlah Ram
Ramlah Ram

Bagi Raja Ema pula, dia teruja apabila mendapat peluang untuk membuat persembahan dalam program Salam Dari Maya 2.0 

“Saya sebenarnya suka menyanyi dan tidak pernah berhenti menyanyi. Tetapi, tawaran yang sering datang kepada saya adalah berlakon. 

“Mungkin, ini adalah platform yang sesuai untuk saya benar-benar membuat comeback dalam nyanyian dan saya juga teruja apabila digandingan bersama dengan Amy Mastura.  Gandingan kami sangat sesuai dan siapa yang pilih kami berdua, memang bijak,” katanya. 

Raja Ema
Raja Ema

Sepertimana Raja Ema, Ruhil Amani juga sedang membuat kepulangan semula dalam bidang nyanyian. 

“Dalam program ini, saya bukan sahaja akan menyanyi dua lagu hits saya tetapi juga akan turut perdengarkan lagu baharu berjudul 'Mimpi Kita'. 

“Saya anggap ini adalah platform yang terbaik untuk saya lancarkan semula kerjaya nyanyian saya dan saya juga cukup teruja abang Muss terutama dalam menyampaikan lagu duet bersamanya,” katanya. 

Ruhil Amani
Ruhil Amani

Ameng pula menganggap dia bertuah apabila dapat bergandingan dengan Jay Jay yang dianggap sebagai seorang penyanyi legenda yang diminatinya. 

“Waktu dulu kita selalu beli kaset dia. Kami sebenarnya pernah berkongsi pentas bersama tetapi tidak pernah digandingkan untuk membawakan lagu duet bersama. Jadi, ini adalah satu kenangan yang cukup berharga buat saya,” katanya. 

Diterbitkan Mac Training Centre Sdn Bhd, program sebanyak lima episod yang dihoskan Aril Pilus ini berkonsepkan showcase dan permintaan lagu daripada peminat secara visual ini menggandingkan dua penyanyi setiap episod dan masing-masing akan menampilkan tiga lagu solo dan sebuah lagu yang dinyanyikan secara duet. 

Ia turut mendapat sokongan dana daripada Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) dari sudut pemberian Dana Kandungan Digital (DKD). 

Ameng
Ameng

Penerbit Salam Dari Maya 2.0, Samirah Hambali berkata, pihaknya bersyukur dan berterima kasih dengan DKD dam KKMM kerana memberi peluang untuk menerbitkan Salam Dari Maya 2.0 iaitu sambungan  kepada Salam Dari Maya  yang sebelum ini telah diterbitkan untuk platform YouTube Muzik Malaysia KKMM pada tahun lepas. 

“Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih buat rakan strategik, Zepp Kuala Lumpur dan F&N Marketing & Beverages serta semua artis yang terlibat menjayakan projek. 

“Sedikit sebanyak projek ini membantu tenaga kerja kreatif di depan mahupun di belakang tabir untuk bangkit semula dan aktif dalam fasa endemik ini.

“Pada waktu yang sama, kita juga menyedari bahawa pentingnya hiburan muzik kepada masyarakat dan dalam situasi keadaan sekarang hiburan muzik sangat diperlukan untuk meredakan tekanan masyarakat akibat pandemik COVID-19,” katanya. 

Amelina
Amelina

Mengenai pemilihan artis, Samirah berkata, daripada maklum balas yang diterima, ramai meminta pihaknya untuk tampilkan artis-artis   daripada era 80-an dan 90-an. 

“Kami percaya pemilihan barisan artis Salam Dari Maya 2.0 ini pasti akan menambahkan keterujaan peminat muzik tanah air nanti dan rakamannya pula dilakukan di Zepp Kuala Lumpur” katanya. 

Program Salam Dari Maya 2.0 akan mula ditayangkan di platform YouTube: Mac Training Centre sepanjang 30 September sehingga 28 Oktober 2022, bermula jam 9.00 malam.

 

Berikut adalah jadual tayangan: - 

Episod 1: Ramlah Ram & Amelina, 30 September, jam 9.00 malam 

Episod 2: Muss dan Ruhil Amani, 7 Oktober, jam 9.00 malam 

Episod 3: Amy Mastura & Raja Ema, 14 Oktober, jam 9.00 malam 

Episod 4: Ameng & Jay Jay, 21 Oktober, jam 9.00 malam 

Episod 5: Bagio & Rahmad, 28 Oktober, jam 9.00 malam 


– Getaran, 25 September 2022 
 

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Rahmad Mega Anggap Dirinya Bertuah Dapat Nyanyikan Lagu Runut Bunyi 'Melur Untuk Firdaus 2’

2

TARA 1 tahun yang lalu

2 Artis Tempatan Dipilih Ke Program Residensi Khazanah Di Acme, London

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Konsert Tribute, Ahmad Nawab Akan Hadir Walau Sudah Uzur 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Doktor Nasihat Berehat Dari Menyanyi, Ramlah Ram Akur Suara Pinjaman Tuhan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara