web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konsert Tribute, Ahmad Nawab Akan Hadir Walau Sudah Uzur 

Walaupun sudah uzur, namun Ahmad Nawab bersetuju untuk membuat penampilan khas dengan bermain saksafon pada malam konsert itu nanti.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 9:45AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai satu-satunya Seniman Negara yang masih hidup, sebuah Konsert Tribute Seniman Negara, Datuk Seri Ahmad Nawab bakal diadakan pada Julai sebagai menghargai sumbangan komposer itu kepada perkembangan industri muzik tanah air.

Dalam konsert yang diadakan selama tiga hari itu bermula pada 1 hingga 3 Julai di Istana budaya, beberapa artis terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Wany Hasrita, Shidee dan Datuk Jamal Abdillah bakal membuat persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu hit Ahmad Nawab. 

Selaku pengelola konsert, Jamal Abdillah sangat berbangga kerana diberikan tanggungjawab menjayakan konsert seorang individu yang sudah dianggap sebagai abang dan guru. Bagi memastikan kelancaran konsert, Jamal mengakui beberapa kali bertemu Ahmad Nawab yang sudah uzur di kediamannya. 

“Kali terakhir saya datang berziarah, memang keadaan dia sudah semakin uzur. Tapi bila kita cakap hendak buat konsert, memang dia semangat. Kita ambil kira juga faktor kesihatan dia, tapi dia sendiri yang mahu buat penampilan khas dengan bermain saksafon pada penghujung konsert itu,”kata Jamal kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media Konsert Tribute Ahmad Nawab baru-baru ini.

Daripada barisan penyanyi yang bakal membuat persembahan, Wany Hasrita dilihat satu-satunya penyanyi muda yang bakal beraksi sedangkan masih ramai lagi penyanyi sezamannya yang masih hidup untuk mewakili lagu-lagu terbaik Ahmad Nawab.

Menurut Jamal, ada beberapa faktor yang perlu difikirkan untuk mengambil artis veteran yang lain iaitu dari aspek kesihatan penyanyi tersebut dan bajet yang terhad.

“Saya ambil Wany kerana dia mempunyai jumlah pengikut yang ramai dan boleh menarik penonton muda untuk datang. Perkara ini pun saya sudah bincangkan dengan Ahmad Nawab dan dia bersetuju,” kata Jamal.

Konsert yang yang memuatkan 1,250 tempat duduk di Panggung Sari Istana Budaya itu menawarkan harga tiket masuk berharga RM100, RM158, RM248, RM358, dan RM458 mengikut zon pilihan masing-masing. - Getaran, 16 Jun 2022

Gambar fail & Istana Budaya
 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara