web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Oppa Malay', Meer Nash Tukar 5 Baju Selama 18 Jam Demi Muzik Video 'Kajima', Seronok Jayakan Watak Bomoh

Kata Meer lagi, disebabkan watak-watak berbeza yang saya bawakan ini, produksi telah membina set dan mood yang berbeza untuk muzik video tersebut.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 7:04PM

Apa pun cabaran yang dihadapi Meer Nash demi menjayakan muzik video 'Kajima' ini, dia berharap lagu ini dapat dijadikan sebagai kekuatan kepada sesiapa sahaja yang berada di situasi seperti dirinya - Gambar ihsan Meer Nash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Single terbaharu, Meer Nash iaitu 'Kajima' telah pun dilancarkan pada 9 September yang lalu, namun ada kisah menarik sewaktu penyanyi yang mendapat jolokan 'Oppa Malay' ini menjayakan muzik videonya. 

Kata Meer Nash, dalam muzik video 'Kajima' ini, dia perlu memainkan beberapa watak. 

“Saya muncul dalam beberapa watak yang memerlukan saya menukar lima pasang persalinan baju dan ia mengambil masa selama 18  jam. 

“Disebabkan watak-watak berbeza yang saya bawakan ini, produksi telah membina set dan mood yang berbeza. 

“Bahagian yang paling saya suka dalam muzik video ini adalah menjadi bomoh kerana saya dapat memainkan watak sebagai seorang mangsa yang dikawal oleh bomoh iaitu kekasih saya,” katanya.

Selain mengejar waktu untuk menyiapkan penggambaran ini, Meer Nash turut mengakui berhadapan dengan cabaran lain iaitu wardrobe malfunction (insiden apabila baju yang dipakai mendedahkan sebahagian anggota badan yang tidak sepatutnya didedahkan). 

“Masa membuat fitting baju, saya dan penari dan tidak cuba memakainya. Jadi, bila waktu penggambaran bermula, ada banyak insiden wardrobe malfunction yang berlaku. Hinggakan jurugaya terpaksa menjahit baju kami pada saat itu juga. 

“Baju yang saya pakai misalnya, aksesorinya tercabut dan ia juga ketat serta menyukarkan saya untuk melakukan setengah pergerakan. 

“Selain itu, saya juga turut mengalami kecederaan semasa penggambaran tetapi ia tetap diteruskan,” katanya. 

Namun, apa pun cabaran yang dihadapi Meer Nash demi menjayakan muzik video 'Kajima' ini, dia berharap lagu ini dapat dijadikan sebagai kekuatan kepada sesiapa sahaja yang berada di situasi seperti dirinya.

'Kajima' adalah sebuah lagu yang dicipta Meer Nash bersama MFMF. yang ditujukan buat bekas kekasihnya setelah dia tidak dapat move on dengan cinta lamanya selama dua tahun.  

“Saya harap dengan adanya lagu ini pendengar boleh belajar yang kita tidak seharusnya mengetepikan apa sahaja perasaan kerana ‘your feeling is valid’.

“Memang susah, tapi ia adalah apa adanya dan itulah tiket anda untuk anda untuk ‘move on’,” katanya. - Getaran, 6 November 2022

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

‘Crosswalk’ Kajima Depan KLCC Tular, Meer Kash Akui Idea Itu Adalah Inspirasi Daripada ‘James Corden Show’

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Hilang Akal Dan Tak Dapat ‘Move On’ Dengan Cinta Lamanya, Meer Kash Hasilkan Single Baharu, 'Kajima' 

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

4

Indie 2 tahun yang lalu

3 Karya Tempatan Yang Wajib Didengar Minggu Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara