web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Crosswalk’ Kajima Depan KLCC Tular, Meer Kash Akui Idea Itu Adalah Inspirasi Daripada ‘James Corden Show’

“Kita nak cuba mempelbagaikan idea dari segi mempromosikan lagu dan untuk menunjukkan kepada industri kita yang mana ada banyak lagi cara yang boleh dibuat dan bukan saja atas pentas,” kata Meer Kash.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 10:08AM

Meer Kash tidak menjangka idea itu berjaya direalisasikan hingga menjadi tular.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekarang ini menjadi kelaziman kebanyakan penyanyi menampilkan lagu masing-masing mengikut versi sendiri. Cara itu secara tidak langsung menampilkan bakat dan kreativiti tersendiri.

Perkara itulah terjadi dengan penyanyi Meer Kash, kini mencipta kelainan dengan membuat persembahan di ‘crosswalk’ lampu isyarat berhadapan Menara KLCC, sebagai satu bentuk promosi lagu Kajima.

Tidak menjangka idea yang belum pernah dibuat oleh mana-mana penyanyi tempatan itu berjaya direalisasikan hingga menjadi tular, bahkan lagu Kajima hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Asyraf Nasir itu terus menarik perhatian.

Menurut Meer, tidak salah untuk mencuba atau memberikan kelainan dari segi mempromosikan lagu tersebut sekali gus membuktikan industri hiburan punya pengaruh walau di mana jua berada.

“Idea membuat persembahan ‘crosswalk’ ini adalah inspirasi daripada James Corden ‘show’ iaitu ‘James Corden Crosswalk Concert’ yang mana dia pernah buat dengan beberapa artis ternama. Jadi, kami ambil inspirasi dari situ.

“Kita nak cuba mempelbagaikan idea dari segi mempromosikan lagu dan untuk menunjukkan kepada industri kita yang mana ada banyak lagi cara yang boleh dibuat dan bukan saja atas pentas.

“Namun, di mana-mana saja boleh. Contoh, luar dari kotak adalah buat persembahan di ‘crosswalk’ lampu isyarat. Dalam masa yang sama, boleh menghiburkan mereka yang sedang tunggu lampu hijau.

“Bagi saya, ini sesuatu yang segar. Penyanyi lain tak buat, biar saya buat. Sekurang-kurangnya mereka yang belum tahu lagu ini boleh mendengar secara langsung. Malah, ia membuatkan lagu ini lebih dekat dengan mereka,” katanya.

Selain muzik Meer Nash, 27, atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul turut berkongsi cerita saat dia mengalami kecederaan sewaktu penggambaran video muzik (MV) itu.

Meer Nash berkata, dia membuat kemunculan dalam beberapa watak yang memerlukannya  menukar lima pasang persalinan baju dan mengambil masa 18 jam, untuk penggambaran babak tersebut.

“Ini lagu ‘paling gelap’ yang pernah saya tulis dan rakamkan setakat ini. Dengan sedikit elemen daripada filem seram Indonesia, KKN Di Desa Penari, rap dan puisi kanak-kanak. Turut diketengahkan juga dengan tarian Korea bagai melepaskan kemarahan.

“Produksi mempunyai set dan ‘mood’ yang berbeza. Bahagian yang paling saya suka dalam MV ini adalah menjadi bomoh kerana saya dapat memainkan watak sebagai mangsa yang dikawal bomoh iaitu kekasih saya.

“Selain itu, pabila lagu ini siap ditulis, ia bermaksud saya sudah berjaya ‘move on’. Bahagian awal lagu ini, saya berasa marah dan hilang akal terhadap apa yang saya dah lalui sepanjang hubungan ‘tarik tali’ yang toksik, tapi hingga akhir lagu ini saya berjaya keluar daripada lorong gelap dan mencari diri sendiri,” tambahnya.

Lagu Kajima nyanyian Meer Nash yang dilancarkan sejak September lalu kian mendapat sambutan peminat dan pencinta muzik tanah air.

Apatah lagi, lagu yang ditujukan kepada bekas kekasihnya itu cukup dekat dengan mereka yang melalui fasa sama iaitu putus cinta.

Sementara itu, menerusi muzik video (MV) KAJIMA yang boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia, Meer Nash berkata, dia memainkan beberapa watak. - Getaran, 8 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

'Oppa Malay', Meer Nash Tukar 5 Baju Selama 18 Jam Demi Muzik Video 'Kajima', Seronok Jayakan Watak Bomoh

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Hilang Akal Dan Tak Dapat ‘Move On’ Dengan Cinta Lamanya, Meer Kash Hasilkan Single Baharu, 'Kajima' 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara