web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Kembali' – Meer Nash

Penyanyi kacukan Melayu-Cina yang kerap mendapat jolokan ‘Oppa’ gara-gara paras rupa dan imejnya yang mirip jejaka Korea muncul dengan sebuah lagu rancak berjudul ‘Kembali’. Lagu ini nampaknya mampu membuat anda menari berkat melodinya yang mengasyikkan. Korus lagunya mirip dengan lagu-lagu K-Pop rancak yang sering kita dengar di laman internet dan radio. Namun kerana persamaan konsep dengan beberapa lagu tempatan lain, ia nampaknya perlu bersaing dengan lagu-lagu lain yang mempunyai gaya muzik yang serupa. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna lagunya tidak berkualiti. Ia sebuah karya yang baik cuma untuk menyerlah, ia akan memerlukan promosi yang agak kuat.

 

'Sumpahan Salju'  – Ara Johari

Sesuatu yang agak berbeza daripada Ara Johari yang biasanya sinonim dengan lagu-lagu pop serta balada rock. Sumpahan Salju ciptaan Jerry dan Zimi ini mempunyai gabungan muzik etnik tradisional dengan unsur pop rock yang moden. Korusnya mengasyikkan dan pada saya mudah diingati berkat 'hook' yang ada pada bait-bait lirik tertentu. Rentak muizknya yang mampu mengajak pendengar turut sama bergoyang menjadikan lagu ini agak menarik. Ditambah dengan sedikit unsur ‘seram’ dalam lagunya, karya ini benar-benar menunjukkan versatiliti Ara!   

 

'Korang'– Bunkface

  

Lama tidak mendengar karya terbaharu dari kumpulan punk rock yang popular ini. Kini mereka kembali dengan 'Korang' yang nampaknya masih mengekalkan DNA muzik sejati mereka sejak awal kemunculan. Dicipta oleh Sam Bunkface sendiri, suara Sam sememangnya tidak dapat dinafikan lagi keserasiannya dengan lagu ini, seperti karya-karya Bunkface sebelumnya. 'Korang' mempunyai petikan gitar dan bunyian dram menghiburkan serta susunan muzik yang baik.  Korusnya mudah dan diisi dengan lirik yang sangat senang serta ‘sempoi’ membuatkan ia bakal diingati jika diberikan putaran radio selayak lagu-lagu mereka sebelum ini. Tahniah Bunkface kerana masih mampu mengekalkan personaliti muzik yang sama dan tetap menghiburkan.

 

'Cinta Sampai Di Sini' – Hady Mirza

Bintang Singapura yang juga pemenang Singapore Idol musim kedua, Asian Idol serta Gegar Vaganza musim keenam, kembali dengan sebuah balada indah berjudul 'Cinta Sampai Di Sini'. Lagu yang dicipta dan ditulis oleh David Sam serta Irwan Sutanto ini sarat dengan nuansa Indonesia berkat sentuhan pencipta dan penulisnya yang berasal dari negara tersebut. Tidak dinafikan ia sebuah karya yang berkualiti. Suara Hady Mirza yang sangat merdu memang masuk dengan susunan muzik lagu ini, menjadikannya sebuah balada yang sedap didengar. Biarpun korusnya tidaklah sejitu yang saya harapkan, namun keseluruhan lagunya mampu membuat anda memutarkannya sekali lagi selepas dengaran pertama. Syabas Hady. Semoga lebih banyak karya Bahasa Melayu lagi selepas ini. 

 

'Untuk Kita'  – Birin

Gambar: Kristalfm
Gambar: Kristalfm

Sejak pertama kali mendengar lagu ini, saya sudah mengulangnya beberapa kali kerana sangat menyukai segala-gala yang ada pada karya dari Brunei Darussalam ini. Dinyanyikan dan diciptakan oleh penyanyinya sendiri yang bernama Birin, 'Untuk Kita' adalah sebuah lagu berentak R&B yang mempunyai sedikit unsur Jazz di dalamnya. Sekali dengar pasti anda mungkin akan berfikir bahawa ia sebuah lagu dari Indonesia kerana vokal penyanyinya sangat mirip dengan beberapa gaya nyanyian penyanyi dari negara jiran tersebut. Namun seperti ramai bintang kelahiran Brunei, Birin mempunyai vokal yang sangat mantap dan merdu. Susunan muziknya juga sangat berkualiti dan tidak berlebihan. Malah korusnya juga mudah diingati kerana rentaknya yang ada 'hook' tersendiri. Semoga karya Birin akan turut bersinar di negara-negara jiran berdekatan. Syabas buat Birin. - Getaran, 23 Mac 2022

 

Berita Berkaitan

1

Muzik 6 bulan yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 6 bulan yang lalu

3 Kumpulan Muzik 'Bawah Tanah' Gegarkan 6,000 Pengikut

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Dia Cium Tangan Saya Dua Kali, Bukan Cium Biasa’ - Ara Johari Jadi Mangsa Serangan Seksual Peminat Fanatik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara