web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akhirnya Caprice Keluar Mengundi Pada PRU-15 Kali Ini, Tunaikan Tanggungjawab Sebagai Rakyat 

Rapper dan pempengaruh sensasi ini, dilihat hadir mengundi menerusi satu entri dalam Instastorynya, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 6:32PM

Caprice mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Permata, Petaling Jaya tengah hari tadi. - Gambar dari Instagram Caprice

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malam tadi, tular isu tentang rapper dan pempengaruh sensasi, Caprice yang dikatakan tidak turun mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), bahkan namanya juga tidak berdaftar sebagai pengundi. 

Justeru itu, ramai netizen yang ingin tahu, apakah Caprice akan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada PRU-15 ini. 

Nampaknya, Caprice telah pun melaksanakan tanggungjawab tersebut. Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34, dilihat hadir mengundi menerusi satu entri dalam Instastorynya, kira-kira jam pada 12 tengah hari tadi.

“Tak tahulah sama ada saya awal tapi macam tak ramai (orang) sangat pukul 12 tengahari,” menurut Instastorynya.

Caprice mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Permata, Petaling Jaya tengah hari tadi. 

Semalam, Caprice turut menjadi perhatian apabila  memuat naik video di laman Instagram dengan kapsyen meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Pakatan Harapan  (PH) dan menyertai Tan Sri Muhyiddin Yassin di Perikatan Nasional (PN). 

“Ada banyak bakat hebat dalam Parti Keadilan Rakyat. Demi umat Islam dan anak-anak ayuh sama-sama kita bina Malaysia baru,” tulisnya. 

Caprice memuatnaik gambar selesai mengundi.
Caprice memuatnaik gambar selesai mengundi.

Selain itu, rapper itu turut mengingatkan orang ramai untuk keluar mengundi. 

“Dah dapat cuti, toll percuma. Ramai-ramailah keluar undi,” tambahnya. 

Ruang komen Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dihujani dengan pelbagai respon. Ada yang bersetuju ada juga yang sebaliknya.

Terdahulu, dia mendedahkan pernah ditawarkan sejumlah wang sekiranya bersetuju menyarungkan baju Barisan Nasional. Caprice kemudian meminta wang berjumlah RM1 juta sebagai bayaran mempromosikan baju parti itu di laman sosialnya. – Getaran, 19 November 2022.

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara