web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Masih Komited Untuk Menjadikan Port Dickson Sebagai Hab Pendidikan Khas - Ahmad Idham 

Ahmad Idham berkata dia akan terus akan menjadi ‘suara’ rakyat Port Dickson dan tetap akan pertahankan usaha menjadikan Port Dickson sebagai Hab Pendidikan Khas.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 4:26PM

Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri bersama ibu dan isterinya pada hari Penamaan Calon - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti dan calon PEJUANG bagi kerusi Parlimen Port Dickson, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berazam akan meneruskan usaha menjadikan Port Dickson sebagai hab Pendidikan Khas walaupun harapan memenangi kerusi kawasan tersebut tidak tercapai.

Malah, Idham, 48 berkata, dia menerima kekalahan di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan hati yang terbuka.

“Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga Port Dickson yang telah memberikan kepercayaan kepada saya dengan undi kalian.

“Saya akan terus menggerakkan usaha yang telah saya mulakan di sini. Sebagai Penyelaras Gerakan Tanah Air Parlimen Port Dickson, saya komited untuk menjadikan Port Dickson sebagai Hab Pendidikan Khas yang utama dan akan berperanan sebagai pendesak kepada masyarakat di sini,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini. 

Tambah Idham, usaha menjadikan Port Dickson sebagai Hab Pendidikan Khas bukan hanya agenda PRU, tetapi adalah motif utama NGO miliknya.

“Saya mulakan usaha menjadikan Port Dickson sebagai Hab Pendidikan Khas untuk membantu golongan istimewa ini, ia bukan hanya agenda PRU saya.

“Ia merupakan usaha sejak permulaan pertubuhan NGO, dan ia sentiasa akan menjadi motif utama saya untuk membantu golongan ini, bukanya meraih undi sahaja,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Idham berkata terus akan menjadi ‘suara’ rakyat Port Dickson dan tetap akan pertahankan usaha menjadikan Port Dickson sebagai Hab Pendidikan Khas.

Sementara itu, Idham juga memberitahu, dia tidak setuju apabila ada segelintir pihak mendakwa bahawa politik bukan medan yang sesuai untuk anak seni bergiat. 

Menurut Idham, menjadi selebriti dan anak seni dalam industri hiburan adalah sebahagian daripada kerjayanya.

“Sebagai seorang anak seni, menjadi  selebriti atau pengarah adalah kerjaya saya dan ianya jauh berbeza dengan ahli politik.

“Kita menjadi seorang ahli politik untuk berkhidmat kepada rakyat yang selama ini menyokong kita, bukannya kita pilih salah jalan.

“Sejujurnya menjadi ahli politik ini amat berbeza dan lebih sukar kerana kita perlu memiliki kepercayaan rakyat untuk memilih kita sebagai ketua mereka. 

Oleh itu, jika kita memilih untuk jadi ahli politik, bermakna ia adalah pilihan kita jadi menjadi ahli untuk berkhidmat kepada rakyat yang selama ini menyokong usaha yang kita lakukan,” katanya. 

Terdahulu, semalam Parlimen Port Dickson menyaksikan persaingan lima penjuru antara Idham, Aminuddin Harun (Pakatan Harapan), Datuk P. Kamalanathan (Barisan Nasional), Rafiei Mustapa (Perikatan Nasional) dan Rani Kulup (Bebas).

Namun, Aminuddin Harun memenang kerusi Parlimen Port Dickson dengan 42,013 undi. - Getaran, 20 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Kantoi’ Curang Dan Pukul Isteri, Lelaki Berdepan Siasatan Polis

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Kupang Di Port Dickson Masih Tidak Selamat Dimakan - JPNS

3

Singapura 5 bulan yang lalu

Singapura Sekat Bekalan, Penjualan Kupang Dari Port Dickson

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kupang Di Port Dickson Disahkan Beracun, Dicemari Biotoksin - DOF

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara