web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

The Glory 

Pelakon terkenal Korea, Song hye kyo kembali dengan drama terbaru berjudul The Glory yang kini sedang hangat ditayangkan di platform penstriman popular, Netflix. Drama ini sedang menjadi bualan di seluruh dunia termasuklah Malaysia. 

The Glory mengisahkan tentang seorang wanita bernama Moon Dong Eun yang ingin membalas dendam terhadap pembuli yang pernah menyeksanya ketika di sekolah menengah. Dia dibuli dengan cukup ekstrem oleh rakan sekelasnya. Mereka sering memukul, menyeksa dengan seterika rambut serta mencabul kehormatannya. 

Lebih parah apabila guru di sekolahnya enggan mempedulikan masalah buli yang berlaku sehingga membuatkan dia berhenti sekolah. Kini selepas kesemua mereka dewasa, Moon Dong Eun kembali untuk membalas dendam terhadap perbuatan setiap seorang. 

Dan yang paling dibencinya ialah Park Yeon Jin yang kini bergelar pembaca berita kaji cuaca yang telah berkahwin dengan lelaki kaya yang kacak serta memiliki seorang anak perempuan. Moon Dong Eun memilih untuk menjadi guru di sekolah dimana anak Park Yeon Jin belajar. 

Apakah yang akan berlaku kepada kesemua pembuli yang pernah membulinya? Saksikan drama menarik ini hanya di Netflix - Helmi Anuar

 

Red 

Adakah hidup seorang ejen khas tenang apabila bersara? Tidak buat Frank Moses (Bruce Willis). Kehidupannya sebagai seorang pesara yang tenang terganggu apabila dia diserang oleh seorang pembunuh upahan. 

Tanpa membuang masa, Moses terus melarikan diri sambil cuba mencari identiti pembunuh upahan itu, motif cubaan membunuhnya dan siapa lagi yang berpotensi menjadi mangsa seterusnya. 

Pencarian Moses membawa dia merentas pelbagai negeri dan menemukannya dengan rakan-rakan perisik lain, yang juga sudah bersara. 

Jangan pandang mereka sebelah mata. Walaupun di umur sudah hampir ‘senja’, kebolehan mereka masih ‘menyengat’ hebat.

Filem action-comedy ini turut dibintangi Helen Mirren, John Malkovich, Morgan Freeman, Brian Cox dan ramai lagi. - Ili Farhana

Obi-Wan Kenobi

Selepas siri TV The Mandalorian berakhir, penerbit film Star Wars, Lucas Film nampaknya tidak duduk diam apabila kembali pula dengan mini siri Obi-Wan Kenobi.

Menerusi siri mini kali ini, Ewan McGregor kembali ke Tatooine sebagai Obi-Wan Kenobi bagi mengisi kelompongan yang wujud antara filem Revenge of The Sith dan A New Hope.

Selepas kecewa atas kegagalannya menyelamatkan Anakin Skywalker dari Sikh Lord, Obi Wan membawa diri ke Tatooine sambil menanti detik paling sesuai untuk melatih Luke yang kini dipelihara keluarga angkatnya.

Namun, rancangannya terhalang apabila khidmat beliau sebagai Jedi diperlukan semula untuk menyelamatkan Leia yang telah diculik. 

Obi-Wan Kenobi yang ditayangkan di Disney + turut dibintangi Moses Ingram sebagai Inquisitor Reva, Vivien Lyra Blair (Leia Organa) dan Hayden Christensen (Darth Vader). – Suzan Ahmad

Mencuri Raden Saleh

Menduduki antara 10 carta filem paling banyak ditonton minggu ini ialah sebuah filem heist Indonesia bertajuk Mencuri Raden Salleh. 

Mencuri Raden Saleh menceritakan sekumpulan  enam anak  muda yang bercadang mencuri sebuah lukisan Penangkapan Pangeran Diponegoro yang dihasilkan karyawan besar Raden Saleh pada tahun 1857. 

Uniknya, strategi mencuri lukisan ini digerakkan oleh sekumpulan anak muda yang mempunyai bakat dan personaliti yang unik dan berbeza

Mereka berenam ini bukan profesional, namun dengan bakat dan kemahiran tersendiri yang dimiliki, mereka terlibat dalam aksi percurian karya lukisan agung ini. Filem yang menarik untuk anda tonton memulakan Januari yang rencam. 

Diarahkan Angga Dwimas Sasongko, filem bergenre aksi drama ini dibintangi Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan, Angga Yunanda, Rachel Amanda, Umay Shahab dan Aghniny Haque dan Ari Irham. – Wafa Aula 

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

07 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Saling Tukar Barang Di Set Penggambaran, Lim Ji-Yeon, Lee Do-Hyun Rasmi Bercinta!

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Apa Yang Malaysia Boleh Belajar dari Mencuri Raden Saleh?

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Idea Hasilkan ‘Mencuri Raden Saleh’ Tercetus Di Sebuah Galeri Lukisan - Pengarah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara